Sekaya
Maisya tambah tepung gandum sikit supaya pekat sebab nak gunakan sbg inti pau...kalau cair leceh.
SEKAYA @ SERIKAYA @ KAYA
resepi asal dari web Alaf21
http://masakansyikin2.blogspot.com/2006/12/inti-pau-seri-kaya.html
Bahan-bahannya:
3 biji telur Gred A
240 g gula pasir ( maisya kurangkan jadi 200g shj )
300 ml santan pekat (1 biji kelapa) ( maisya guna santan kotak + air )
2 helai daun pandan, dikoyak & disimpulkan
Untuk Gula Hangus
60 g gula pasir
125 ml air
Untuk gula hangus, jerang gula dan air hingga gula hancur.
Masak lagi hingga mendidih kemudian bertukar menjadi karamel (hangus dan keperangan gelap).
Jangan terlalu lama dibiarkan kerana ia akan menjadi pahit.
Gula hangus boleh menjadi 'lebih hangus' jika dibiarkan lama di dalam periuk/kuali bekas memasaknya kerana bekas tersebut masih panas.
Ada satu lagi cara membuat gula hangus:
Hanguskan gula di dalam periuk atau kuali,
masukkan air (panas) dan kacau hingga pekat.
Cara memasak inti
Kacau gula dan telur hingga sebati.
Masukkan daun pandan, santan dan gula hangus.
Jerang di atas api perlahan dan kacau tanpa henti hingga pekat dan berkilat.

Ulasan