Kek


Sama dgn resepi yg guna utk ni:Eggless Milo Cake . Sebelum ni buat guna milo kali ni ikut resepi betul-betul; guna serbuk koko.

Eggless Chocolate Cake II
oleh Ginger P di allrecipes.

A: diayak
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

B
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko

C: mix well
1 1/2 sudu besar esen vanila
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan susu

-Campur rata bahan A & B
-Masukkan bahan C dan gaul rata hingga sebati.
-Bakar sehingga masak.


-------------------------------------------------------------------

Swiss Roll resepi yg ni: Kek Gulung Batik.

Buat separuh adunan yg plain dan separuh adunan dibuat perasa coklat (dibuang 2 sudu besar tepung dan ganti 2 sudu besar serbuk koko).

Maisya bakar 3 kali...2/3 adunan plain tu dibakar dlm loyang utk shortbread tu. 2/3 adunan koko dibakar dalam dulang oven. Selebihnya adunan plain tu dicampur oren emulco sikit dan dimarblekan dgn lebihan adunan koko dan dibakar dalam dulang oven.
Yang dibakar dlm loyang shortbread tu oklah, ketebalannya sesuai tapi yg bakar dlm dulang oven tu jadik nipis sebab dulang tu besar berbanding loyang tu. Bila gulung pecah-pecah sikit.

Untuk yg plain maisya sapu jem. Untuk yg koko disapu chocolate spread. Untuk yg marble tu plak di sapu jem dan chocolate spread berselang seli.




Ulasan

zu_e9 berkata…
nyum..nyum....sedapnya...
bilala nk pandai wt kek gulung mcm akak ni..huhuhu..
tau mkn je..
Maisya berkata…
zu,
cubalah...tak susah sebab putar je semua bahan sekaligus, cuma part nak gulung tu jer yg kena hati-hati. Akak buat pun kadang-kadang patah jugak or kulitnya tertanggal.