Cakui

Terpikat bila tgk gambar cakui ni kat blog kak Zana.

Resepi ni berlainan sikit dengan resepi yg pernah Maisya cuba sebelum ni. Resepi yg dulu tu ada tambahan baking soda selain dari yis dan adunan kena uli. Resepi kak Zana ni tak perlu uli cuma gaul-gaul je dengan senduk sampai sebati sebab adunannya lembik. Masa nak membentuk tu kenalah bermandi dengan tepung sikit supaya tak melekat kat cutting board dan pisau. Adunan kena peram 3-4 jam....so sebelum tidur dalam pukul 12 tgh mlm tu Maisya bancuh siap-siap dan bangun awal sikit sebelum subuh untuk goreng...takut jugak kalau adunan jadik masam kalau terlebih peram so Maisya simpan adunan dalam peti ais malam tu...alhamdulillah ok je rasa dia.

Rupa dia tak secantik yg kak Zana buat tapi hasilnya lembut sampai ke petang.



CAKUI
http://zanazman.blogspot.com/2010/02/cakui-pau.html


400 gm tpg gandum
4 gm yis segera
(maisya guna 1 1/2 sudu kecil)
1/2 sdb shortening(maisya tak letak)
1 sdb marjerin(maisya guna 1 1/2 sudu besar marjerin sebab tak guna shortening)
1 biji telur
1 sdb susu pekat/ gula
secubit garam
+ - 1 1/2 cwn air

cairkan marjerin then sejukkan, pastu masukkan telur dan kacau sebati. yis di larutkan dlm air dengan 1 sdt gula dan biar kembang. Satukan tepung dengan garam, shortening dan susu. gaul sebati. kemudian masukkan campuran telur dan marjerin and masukkan yis dan air. kacau sebati dan perap lebihkurang 3-4 jam. Bentukkan dan goreng dlm minyak panas.


KUAH KACANG

5 btg cili kering - digoreng dlm minyak
1 labu bwg besar - dipotong kasar dan digoreng hingga layu tak perlu hingga garing
sengengggam kacang tanah - digoreng tanpa minyak
gula, garam dan air asam jawa - sesedap rasa


blend cili kering dan kacang tanah bersama air dlm blender. blend atau tumbuk bawang yg digoreng tadi. panaskan minyak tumis bawang dahulu dah naik bau dan agak garing masukkan kacang dan cili yang dah diblend. tambah air jika perlu. kemudian biar didih seketika dan masukkan gula, garam dan air asam sesedap rasa.

Ulasan

Pnut berkata…
maisya-saya ambil resepi tortila tu ek...
tengkiu for sharing....
Maisya berkata…
kak Pnut,
Ok...tapi kurangkan baking powder tu...kuat rasa dia.
shima27 berkata…
salam kak maisya...
ekekee mai jenguk dapur akak nampak cakoi..cam tau2 jek mlm td kita berangan nk mkn cakoi...
punyerlaa lama simpan azam nk mkn cakoi ni ermm xper2 nnti nk selongkar cabinet dapur tgk stok yis taun lepas ada balance lg x?? heeeeeeeee
MamaFaMi berkata…
Lama dah tak buat cakoi ni... tak kuasa melekit-lekit... hehehe..
Rahsia berkata…
erkk kt sebulan dah nie..bz yer tuan umah sejak ada baby..he3, suka sngt cakoi..penah try resipi maisya yg dulu..yg nie nampak ringkas lagi..bila2 boleh cuba cuma tang susu pekat tu lecehlah kt sini nk cari huhuhu

Klau sudi leh abik award kt umah sue
http://alkiram.net/salam/award-gallery/
umeboshi berkata…
kiter suka kuih cakoi!!! tapi malas nak membuat nye ;p ehheeh... nanti time rajin, kiter cilok resepi nye ek..
Maisya berkata…
shima,
dah buat ke cakoinya?

mamaFaMi,
bab melekit-lekit tu ok lagi tapi yg best resepi ni tak payah uli...maklumlah kalau uli nak kena guna tulang empat kerat ni, tu yg malas.

sue,
alamak tak pergi ambik lagi awardnya.

ume,
tak susah pun buatnya, cubalah. Tapi akak buat rupa dia tak lawa...he..he.
Syafiq Sam berkata…
Salam kak. Cakoi yg akak buat tu kembang tak ? Susu tu untuk apa
Syafiq Sam berkata…
Salam kak. Cakoi yg akak buat tu kembang tak ? Susu tu untuk apa