Penang Char Kuey Teow

Resepi ni dah pernah cuba sebelum ni...ada kat entry ni: http://daridapurmaisya.blogspot.com/2008/06/penang-char-kuey-teow.html

Cubaan sebelum ni tak berapa jadik part nak jadikan dia berkuah tu. Kali ni ok sikit. Maisya dah ubah sikit dari resepi asal. Kemudian dibantu dengan tips dari Kak Rahmah pada entry yang dulu bagaimana cara nak masak. Ni Maisya tulis resepi yg dah diubah serta tips dari Kak Rahmah




Penang Char Kuey Teow

Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* UTK MEE *
300gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

UTK PASTE-
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.
Campurkan semua bahan utk paste dgn air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-
Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

TIPS DARI KAK RAHMAH
ram said...
Salam 1 Malaysia sumua :)

Sapa nak makan cha koi teow sedap ala-ala penang ori punya mai kak rahmah ajaq, semua mau kena cara baru dia sedap, xleh silap sikit na!

Mau ada

1. Gas regulator yang bulih ejas gas bagi banyak (api besaq)
2. Kuali kawah 13-14 inci yang ada tangkai kayu/plastik baguih lagi

Cara goreng (sepinggan saja sekali goreng baru syok)

1. Pasang api besaq, Masuk minyak sikit (2-3 sudu)
2. Dah cukup panaih masuk udang besaq 2-3 ekoq (goreng sesedap rasa)
3. Agak2 udang da ok, ketepikan sikit udang tu, buang sikit minyak sampai tinggai 1 sudu (tak mau buang pun xpa ikut suka hangpa)
4. Masuk [b]cabai mesin[/b] setengah cawan (tang ni kena jaga takut tebakaq bulu-bulu hangpa, api naik tinggi woo)
5. Masuk kerang sejemput kecik, toge sejemput besaq, kucai sejemput haluih, kacau bagi cabai masak n sebati ngan bahan2 tadi
6. Masuk la pulak sejemput koteaw, pakai yang haluih (yg depa buat koteaw sup tu) lagi ok, kacau lagi sambe2 katoq kuali ngan sudit tu bagi gempaq sikit weh
7. Bagi bahan2 tu tepi ckit, pecah teloq sebiji, jangan lupa basuh dulu nanti x lalu abe nk makan, cepat-cepat boh [b]kicap koteau special[/b] secawan sambe kacau teloq bagi sebati ngan kicap koteau tadi (nak kuah lebih tarok lebih, nak kerin bagi kureng lar kicap tu)
8. Jangan biaq lama (berapa saat), dah mesra kicap ngan teloq, hangpa padam api

Masuk pinggan dah bulih pekena chakoteau penang punya

KOMEN KAK RAHMAH LAGI

Sebenaqnya nak goreng cakotiau ni x susah, laki kak rahmah yang tak penah pegang suditpun dah pakaq masak cakotiau la ni, Rahsia sedap x sedap cakotiau ni letak kat kicap/sos dia. Kak rahmah buat sendiri kicap cakotiau dengan cabai sekali, insyaAllah bukan nak sombong tapi buleh la saing dengan hat kat matang pauh ka bukit mentajam ka sungai dua ka insyaAllah buleh cuba.

Sapa-sapa nak cuba kicap cakotiau kak rahmah bulih hubungi kak rahmah di 013-7790417 (kak rahmah prefer sms na), yang nak meniaga dialu-alukan

Ulasan

yat berkata…
wah sedapnye..
da smggu ngidam bbuka puasa dgn car kue tiaw penang..kat sini xde jual
nanti nak buat la.
thxs maisya n kak rahmah..
Tanpa Nama berkata…
berapa caj utk kicap tu?
Tanpa Nama berkata…
katne nak dapek kicap kotesiow special tu. teloq dah ada dah 2
Unknown berkata…
akak,resipi char koayteaw yg kak bg ni byk yg salah...klau mau sy boleh bg dgn syarat cari tapak meniaga untuk saya...blah penang ni dah x boleh fight sebab terlampau byk org niaga char koayteaw...
Sobri berkata…
Salam, sesiapa yang nak jadi Tokey Penang Char Kuay Teow boleh dapatkan resepi Original yang sebenar dari saya utk niaga. Terhad sahaja!