Mee Kuning

Bila check balik entry yg lepas-lepas, rupanya maisya belum lagi letak resepi mee kuning yg maisya selalu buat. Pernah guna resepi dari kak Noor(Noormasri) tapi sekarang lebih suka guna resepi dari kak 1mas2ra , sebab tak guna air kapur.

Dulu maisya potong-potong dengan pisau je...ni la rupa mee yg pertama maisya hasilkan, punyalah lebar maisya potong...dah macam kuey teow plak...terlebih bubuh air kapur so warna dah jadik oren!

Lepas dah beli mesin mee/pasta machine, barulah ada rupa mee sikit tapi still ada jugak masanya tak berapa menjadi. Adunan utk mee ni memang keras...rasa macam kurang air je tapi itulah yg ok...kalau gatai tgn pi tambah air nanti mee akan jadik lembik! ( dah berapa kali maisya buat jadik macam ni ). Ni gambar mee yg tak berapa nak jadi sebab doh lembik...yg ni guna mesin mee, tapi still buruk gak.
Oklah ni resepi mee kuning yg pernah maisya gunakan

MEE KUNING
Resepi dari Noormasri ,FNR
-Menghasilkan 700 g mee kuning

Bahan-bahan:
350g tepung high protein
2 biji putih telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak
sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:
-Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
-Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
-Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
-Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental
-Bahagi doh kpd 4 bahagian
-Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal)
-Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
-Pilih ketebalan yg dikehendaki ,gelek utk kali terakhir disini
-Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
-Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
-Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
-Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
-Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
-Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap


Ini plak resepi yg sekarang selalu maisya gunakan, selalu buat 1/2 adunan je...itupun boleh dapat byk.


MEE KUNING
Resepi dari 1mas2ra, FNR
Menghasilkan 2kg mee


Bahan-bahan :
6 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 biji telur
secukup pewarna kuning (optional)
Cara :

-Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
-Di dalam bekas lain campurkan telur, air, pewarna kuning .Kemudian kacau sebati
-Curahkan campuran air tadi ketengah-tengah tepung.
-Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental( doh amatlah keras ye!)
- Biarkan doh rehat untuk 1 - 2 jam(lepas rehatkan, doh yg keras tadi dah jadik lembut)
- Masukkan air secukupnya dalam periuk, bersama sedikit garam dan minyak. Didihkan.
-Sementara menunggu air mendidih, buatkan bebola kecil dari doh tadi dan roll flat. Coat dengan tepung dan lalukan pada mesin yang licin sebanyak 3 kali.
- Coat kepingan tadi dengan tepung (supaya tidak melekat pada mesin nanti) dan lalukan kat mesin potong mi. Proses ni harus dilakukan dengan laju sikit supaya doh tak melekat pada mesin.
- Setelah semuanya selesai, masukkan mi kuning dalam air mendidih dan kacau selama 5 minit.
-Tuangkan mi tadi ke dalam tapisan dan lalukan pada air paip.
-Toskan mi tersebut dan bila dah sejuk, gaulkan minyak rata-rata atas mee tadi. Sedia untuk digunakan....

NOTA : Jangan masukkan garam dalam adunan kerana dikhuatiri akan membuat mesin pasta berkarat.

Nie gambar step by step...masa ni tak bubuh pewarna kuning so mee jadik warna putih.

Mee yang terhasil dimasak Mee Goreng Mamak tapi macam tak berapa menjadik..he..he..tapi resepi kak liza ni memang sedap.

MEE GORENG MAMAK
http://hanieliza.fotopages.com/?entry=917211

Bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging )
100 gm fish cake ) hiris nipis
100 gm fish ball )
4 keping kueh cucur udang )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau [hiris nipis]

Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake, fish ball dan kueh cucur udang. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.

Nie resepi yg dah dicuba lama dah, biasalah dok peram jer gambar dlm photobucket...he..he..



GOMA TANTAN MEN( Japanese Sesame Noodles )
resepi dari Ringo@myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/1778


Bahan-bahan ( 4 serving )
Mee kuning - cukup untuk 4 serving
6 cawan air
1 ketul kiub ayam knorr

a) bahan untuk sesame paste
- 6 sb bijan putih
- 3 sb syouyu (kicap jepun)
- 2 sb gula
- 2 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
- 1 sb halia cincang
- 1 sb green onion cincang

b) bahan untuk "gu"
- 200gm beef mince
- 100gm chicken mince
- 1 sb tou-ban-jyan (boleh ganti dgn cili paste)
- 2 sb syouyu(kicap jepun)
- 4 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
- 3 sb minyak masak
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1 sb halia cincang
- 3 sb green onion cincang


c) bahan untuk hiasan
- 3 sb bijan hitam
- shiraga negi (fine strips of white part of long green onion, rinsed in water and drained)
- mizuna (boleh guna sawi atau spinach yang dicelur)


Cara-cara

-Untuk sup, didihkan air bersama kiub ayam.
-Kisar sesame sehingga halus, campur syouyu dan gula dan kisar lagi sehingga menjadi paste. masukkan bahan lain di a) dan gaul.
-Panaskan minyak dalam chinese wok, goreng daging mince sampai lerai/peroi. Masukkan tou-ban-jyan, syouyu dan ra-yu.
-Masukkan garlic, ginger, green onion dan goreng sampai kering air. Ketepikan.
-Didihkan air dan celur mee beberapa minit sehingga masak.
-Dalam mangkuk besar, letak 1/4 bahagian goma paste, larutkan dengan 1/4 bahagian sup dan masukkan mee.
-Topping dengan "gu" dan bahan untuk garnish. tabur bijan hitam yang telah dipecahkan sedikit dengan lesung batu


-note: ra-yu ialah sejenis minyak bijan yang telah ditambah cili. banyak digunakan dalam chinese food. kalau tak ada ra-yu, bolehlah guna minyak bijan biasa dan tambah cili paste mengikut kepedasan yang disukai.

Ni beberapa gambar mee goreng yg ada terperam dlm photobucket tu.

Ulasan

Anonymous berkata…
SEDAPNYA..........mee goreng mamak tu..
nyummm...nyumm...
bila la nk buat mee sendiri ni..
asyik dok tgk k.maisya je buat..
huhuhuhu..
=> enan_zulikh@yahoo.com <=
MaDiHa berkata…
salam perkenalan maisya..
rajin betul maisya.. mee kuning & cheese pun buat sendiri.. mmg tabik springla kat maisya.. hehe..
Maisya berkata…
madiha,
sebenarnya keinginan nak mencuba tu yg lebih, sebab tu jadik rajin.
Maisya berkata…
enan,
cubalah...mula-mula memang rasa susah, bila dah biasa ok jer....tapi berpeluh jugaklah time menguli tu....skrg ni memang jarang sgt beli mee kuning kat kedai.