Homemade Cottage Cheese


Buat lagi cottage cheese ni...kali ni mungkin yg paling berjaya antara cubaan-cubaan sebelum ni. Boleh baca cubaan yg lepas kat sini: Homemade cheese. Sebenarnya kalau orang yg biasa dgn masakan India/Pakistan etc mesti biasa dengar pasal Paneer, sama lah cara pembuatannya dengan cottage cheese ni... Boleh check resepi-resepi utk masak Paneer ni kat internet.


Cheese yg terhasil ni kalau diperah kuat-kuat akan menghasilkan cheese yg agak kental so kalau nak guna utk buat cheese cake ke etc, tak payah perah, just biarkan jer di atas tapisan sebentar lepas tu boleh digunakan. Boleh tambah sedikit garam dan yogurt, gaul hingga sebati supaya cheese yg terhasil lebih berkrim dan lemak.


Satu perkara yg menarik, masa baca entry Sue( Soulha @ Cairo ) mengenai homemade tauhu...rupanya sama jer dengan cara nak buat cheese ni, maybe someday akan try buat tauhu plak...he..he..kena cari kacang soya dulu.


HOMEMADE COTTAGE CHEESE
resepi ni menghasilkan lebih kurang 100g cheese.

1 cawan tepung susu (instant)
2 cawan air (air paip jer)
1/6 cawan cuka/air perahan lemon

-Bancuh susu dengan air hingga sebati.
-Panaskan susu hingga hampir mendidih sambil dikacau sekali-sekala. Tak perlu sampai mendidih, setakat nampak buih-buih kecil dah mula timbul tu dah ok. Tutup api.
-Kacau perlahan sambil tuangkan separuh dari kuantiti cuka. Biarkan dalam 10 minit, sepatutnya susu tu akan mendadih seperti gambar no 1 kat atas, kalau tak.... boleh tambah lagi cuka sedikit-sedikit.
-Tuangkan ke dalam tapis yang dah dilapik dengan kain(gambar no 2). Biarkan dalam 15 minit. Perah sedikit untuk buangkan lebihan air( tak payah perah kuat-kuat, buat ala kadar je )
-Pindahkan ke dalam bekas dan taburkan sedikit garam. Gaul rata. Pindahkan ke dalam bekas yg kecil dan padatkan cheese ke dalamnya...simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
-untuk mendapatkan tekstur cheese yg smooth, tekan/lenyek(?) cheese melalui penapis sebelum digunakan...err boleh faham ke ayat ni? dlm BI : For best texture, press cheese through a sieve

*Air yg terpisah dari cheese=whey milk tu boleh guna sebagai ganti air semasa buat roti, muffin etc.

Ulasan

shima berkata…
uikshhh pandainyerr akak wat cheese sendiri!!! gilerr masyukkk...pasni jimatlaaa naa xyah beli cream cheese nk wat cheese cake buleh wat sendiri gitew fr A-Z :)
Maisya berkata…
shima,
simple je buatnya...tak sesusah proses nak buat tempe tu..he..he..bolehlah nak ganti cream cheese cuma rasa dia kurang sikit la...
nazura76 berkata…
hehehe..kebetulan tgh takde idea nak masak ayam ari ni (selera tgh tak baper baguss, dlm badan mcm panas je)...
Best la... ehehehe... mmg rujukan utama ;-)
ati_emylia berkata…
myzatt,
kreatifnyer awak ni dan sesangatlah rajinnye....... saya tabik kat awak.....

emelia kaswati
Maisya berkata…
zura,
tujuan asal saya buat blog ni pun sebab senang nak buat rujukan....maklumlah saya ni suka catit resepi kat merata-rata...next time nak buat jenuh plak mencarik.

emy,
nie biasa-biasa je ...dah ada byk masa kat rumah tu yg ada je benda nak dicuba.
xette berkata…
tq maisya...sbb sudi share info pasal buat cheese ni..
nex time bila angin buat cheese cake dtg mendadak..
idak le aku terhegeh2 gi kedai..
Maisya berkata…
xette,
kalau nak buat cheesecake make sure campur dengan yogurt kalau tak rasa dia kureng sikit.
Badot Gendot berkata…
cottage cheese nie boleh cair ke???
ade tarikh expired x?
Maisya berkata…
badot gendot,
tak sure la maksima berapa hari boleh tahan sebab selalunya maisya guna dalam masa sehari dua tu jugak. Apa yg maisya baca kat internet.. boleh tahan 3, 4 hari je ( simpan dalam peti ais ).

Boleh cair macamnana tu? Maisya pernah masakkan cheese ni dengan susu ( masa buat white sos dan jugak cotton soft japanese cheesecake )...dia tak larut sepenuhnya...
Badot Boyot berkata…
mksud kite yg die boleh cair ke x tu,cheese nie boleh ke letak kat roti,lasagna or pizza?

tapi xpela.Memandangkn kite dah wat experiment sndiri n terbuktila yg cheese nie xleh cair pon.

Kalo bleh wat la resepi lollipop ke,candies,fudge or whatsoever...janji resepinye halal.Nways,keep up the good work!
Maisya berkata…
badot,
oo..cair yg macam tu memang tak boleh la..

Kalau boleh memang nak cuba buat macam-macam tapi kadang-kadang peralatan, bahan dan masa sgt terhad. Kalau nak buat candy tu semua penting kena ada cooking termometer tu.
mayang sayang berkata…
kalau wat topping atas kek bleh ke maisya (cream cheese topping cam kat kerot kek tu)..
mayangsayang berkata…
dah wat cottage cheese ni, saya tambah yogurt 1 cup.. ok gak sedap jadi ala2 cream cheese, x lari dari rasa dari cream cheese yg kita beli tu ...
Maisya berkata…
sorry mayang sayang,
Maisya dah lama tak reply komen...ya boleh guna utk buat topping cake.

tahniah dah berjaya buat...tak susah kan! Mayang sayang guna utk buat apa?
mayangsayang berkata…
mayang wat cotton ciskek , mmg sedap maisya.. pastu guna wat topping utk kerot kek.. sedap gak le tapi mayang tambah 2 cup yogurt asli tu.. mmg x lari dari cream cheese yg beli tu...alhamdullilah.. sbb ape, mayang mmg cerewet bab beli cheese ni ...selalu was2 takut x halal.. tq maisya yek sbb bukak ruang utk lebih kreatif lagi dlm memasak..
Tanpa Nama berkata…
salam maisya...bestnye tengok resepi2 awak...memang tabik dekat awak...sangat rajin. maisya..nak tanya..tepung susu tu awak pakai susu tepung apa ye?