Friday, May 30, 2008

Biskut Buah Kana


Maisya tak pernah kenal biskut ni sebelum Inai(forumer kat FNR) post resepinya kat forum tu dalam 2 tahun lepas kot?...biskut ni dah lama wujud cuma maisya je yg tak pernah jumpa...Bentuk sebenar biskut ni macam buah kana tapi maisya buat macam-macam bentuk since acuan maisya tu satu papan ada 4 corak so gunakan je lah...rasanya acuan yg maisya guna ni utk kuih putu kot? Sakit jugak le tangan nak ketuk keluar biskut ni dari acuannya. Biskut ni ala-ala cair dimulut sebab byk jugak guna tpg jagung tapi tak delah fragile. Sepatutnya sapu jem dan tangkupkan 2 biskut ni tapi maisya malas so makan plain macam ni je.
BISKUT BUAH KANA
resepi oleh: Chef Norzailina Nordin-Alaf 21

90 g gula aising
150 g mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1 camt vanila
170 g tepung gandum } diayak
100 g tepung jagung }
1/2 camt serbuk penaik}
jem secukupnya

Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana yang sudah ditaburi sedikit tepung. Ketukkan acuan dan atur biskut atas tin pembakar berlengser marjerin.

Bakar pada 185 C selama 20-25 min atau hingga masak. Biar suam atas redai kek sebelum disapu jem dan ditangkupkan 2 (pada bahagian bawahnya). Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

ni acuannya

3 comments:

Roylazim said...

akak suker bau biskut baru bakar..tentu harum satu rumah...;p

sue, kaherah said...

Rajinnya buat biskut..tk kering2 idea akak no...teruja jg nk buat biskut kana nie..nostalgia kecil2 dulu..klu pie raya biskut nie sue cari dulu..tp dok sini tkder acuan seangkatan cam dia..tkder zouk plak nk ltk acuan lain..hehehe( baik punya alasan, walhal "M")

Maisya said...

kak roy,
memang pun

sue,
ramai yg tau pasal biskut ni ..apasal maisya tak pernah jumpa ye?