Thursday, May 8, 2008

Nugget Ikan & Oat

Sebelum digoreng


Selepas digoreng


NUGGET IKAN & OAT

1 cawan isi ikan(maisya guna ikan kembung je haritu)- ditumbuk or kisar
Rempah(any rempah pun boleh, maisya guna rempah masala)
Garam
Bawang goreng
Telur (1/2 biji pun cukup...separuh lagi simpan untuk salut dia nanti)
Instant oat

Untuk salut nugget:
Telur
Instant oat( dikisar sebentar, tak payah la sampai halus )

1. Gaul isi ikan, rempah, garam, bawang goreng dan telur...tambahkan instant oat hingga adunan tidak lembik dan boleh dibentuk. Gaul hingga semua bahan betul-betul sebati.
2. Bentuk-bentukkan bulat leper.
3. Celup dalam telur dan golekkan dlm instant oat.
4. Simpan sekejap dlm peti ais.
5. Goreng hingga garing.

2 comments:

shima said...

mcm tingin jekkk nk cuba... ;p

Maisya said...

shima,
cubalah...masa buat tu sebenarnya breadcrumbs tak de stok so ganti dgn oat tu. Ok plak jadinya.