Marble Bread
Buat roti lagi guna teknik dan resepi yg sama macam entry sebelum ni. Ni sebab ada lebihan chocolate sheet masa buat last week. Kali ni try buat marble bread plak, tak berapa cantik marblenya. Kalau nak tengok yg cantik-cantik boleh tengok kat link ni:
Resepi untuk rotinya maisya guna yg ni:
Resepi untuk chocolate sheet maisya guna yg ni:
Sorrylah tak boleh nak paste resepi tu kat sini sebab owner blog tu disable function utk copy anything from her site. Malas plak nak mintak permission utk post kat sini so kena jenguk blog dia utk tengok resepi ye or boleh check my entry sebelum ni 65C TangZhong Method
Untuk buat teknik marble ni:
-Lepas dah uli, rehatkan doh hingga saiznya naik 2 kali ganda.
-Tumbuk dan uli sekejap utk keluarkan angin. Balut dengan cling wrap atau letak dlm bekas bertutup dan rehatkan doh dlm peti ais( tempat seju beku ) selama sejam.
-Keluarkan dari peti ais dan ikut cara-cara seperti gambar di bawah ni
-Rehatkan doh hingga saiznya naik 2 kali ganda dan bakar dengan suhu 180 C, api atas dan bawah selama 30 - 35 minit. Maisya letak di rak yg bawah sebab guna loaf pan( kalau letak kat tengah nanti dia cecah sampai ke rod pemanas kat atas tu...oven kecik la...)
-Bila dah masak sapu atasnya dengan butter.
**rehatkan doh tu dlm peti ais tempat sejuk beku supaya senang nak handle doh tu...kekadang tu maisya biarkan semalaman kat situ baru sambung proses membentuk roti tu.
Ulasan
nk tryla...
tapi k.maisya tangzhong tu pe?
cane bentuk dia?huhuuh..
teruknya xtaula..
ohh..ye sy dok kt a.star..
klu free2 nnti lehla kite jupe yerk??hehehehe
=>enan_zulikh@yahoo.com<=
ha..ni musti tak baca entry akak sebelum ni...pi check balik ye...he...he..
shima,
bakery akak ni buat roti seminggu sekali jer, bukan hari-hari.