Wednesday, March 28, 2007

Kuih Dangai

Kuih Dangai ni ada acuannya dia sebenarnya tapi sebab maisya tak de acuan tu so guna apa yg ada kat rumah je. Memula tu guna loyang dan bakar dlm oven tapi jadik keras le plak sebab terlebih bakar, tak reti nak adjust masa. Lepas tu ada balance adunan sikit tu try masak guna kuali plak. Guna kuali lagi senang dan cepat. Tapi terhitam jugak..he...he...rasa dia sedap je....Ni gambo yg buat guna kuali tu.

Kuih Dangai

Bahan-bahannya :-
1 cawan tepung pulut
1 cawan (atau lebih) kelapa parut
sedikit santan
garam
gula

Cara-caranya :-
1) Gaul sebati tepung, kelapa dan garam
2) Adunan ni seroi dan lembab

3) Panaskan frying pan yg telah disapu minyak, kemudian masukkan adunan tadi lebihkurang 1 or 2cm tebalnya
4) Renjiskan sedikit santan
5) Taburkan gula atas permukaan kuih tadi, dan tutuplah dgn penutup kuali
6) Bila dah sedikit perang kat permukaan bawah dan adunan kat atas tu nampak cam kering skit bolehlah angkat.
7) Lipat dua kuih tu dan potong-potong


Nie lah rupanya sebenar kuih dangai ni bagi sesapa yg tak tahu tu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nie plak gambar acuannya....pinjam gambo dari hanis FNR
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

3 comments:

umeboshi said...

rasa nye macam lempeng kelapa ke? ish...macam best jugak ni. hehee.. tapi sekang ni, kiter tak larat sungguh nak masak2 la..sabo je le.

Maisya said...

tak pernah makan ke kuih ni? Rupa asal dia tak macam yg akak buat ni sebab dia ada acuan dia...rasa dia tak sama dgn lempeng kelapa sebab yg ni guna tepung pulut so ada liat-liat sikit bahagian dlm tu tapi rangup kat luarnya. Kalau teringin carik la kat pasar malam he..he..tapi kuih ni senang bebeno nak buatnya....suruh cik abg buatkan.

izan mama mia said...

saya datang cari resepi dangai..mohon copy yaa