Thursday, March 15, 2007

Biskut Koko Rangup


Masa browse through website MyResipi, terpikat dengan biskut ni...cara buatnya mudah dan bahannya sikit so Maisya terus try. Maisya doublekan ingredientsnya dan dapatlah dalam 21 ketul. Sedap juga...ada yg kata pahit tapi bagi maisya biasa jer. Maisya guna marjerin so tak bubuh garam.

Biskut Koko Rangup
recipe posted by yani at MyResipi http://www.myresipi.com/top/detail/108

Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm )
50g mentega tanpa garam
*70g tepung
*15g serbuk koko
*1/8 sk serbuk kulit kayu manis
*1/4 sk baking powder
*40g gula perang
*2 cubit garam


Cara-cara
-potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk.
-Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper
-Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *.

-Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
-Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
-Bakar selama 25-30 minit.
-Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

No comments: