Abuk-abuk


Maisya rasanya tak pernah makan kuih abuk-abuk ni...tahu pasal kuih ni pun bila ada ahli FNR yg cerita tentang kuih ni. Just try buat sikit je dan bubuh dalam acuan muffin je...tak de daun pisang la...ok jugak rasanya dan cara nak buat serta bahan-bahan pun simple jer.



TALAM ABUK-ABUK
Resepi asal di http://rossyabakes.fotopages.com/?entry=1024572

180g sago biji (Rendam selama 15 minit lalu dicuci dan ditoskan)
120g kelapa parut putih
140 gula melaka di racik (boleh ganti gula pasir)
1 tsp garam
loyang 8X8"

Satukan sago dengan kelapa dan garam secukup rasa. Lalu dibahagi dua. Masukkan satu bahagian adunan sago kedalam loyang dan taburkan dengan gula melaka. Kemudian taburkan dengan bahagian sago yang lagi satu keatas nya. Kukus selama satu jam.. atau sehingga sago masak.

Nota : Jika menggunakan gula pasir, gaulkan gula pasir kedalam sago lalu dibahagi dua. Boleh juga mewarnakan adunan sago bahagian atas dengan sedikit air pandan dan warna hijau. Atau boleh juga gantikan dengan sago biji yang berperisa pandan yang siap dijual dipasaraya.

Ulasan