Saturday, March 10, 2007

Puding Lapis



Haritu buat puding lapis ni utk majlis tahlil di surau. Sebenarnya nak buat Agar-agar Pelangi Indah resepi dari archive FNR tapi sebab monitor pc rosak, tak sempat nak print resepinya. Nie buat jer ikut pandai sendiri. Nasib baik menjadik gak. Tapi bila potong baru perasan, tersilap susun lapisan 2 yg akhir tu, dah terbalik. Anyway, tak jadik hal pun...yang masalahnya ada layer yg tergelincir le bila dipotong. Ingat nak cakar permukaan layer tu bila nak melapis tapi takut tak lawa plak lapisan tu...camna ye...sesiapa ada tips?

Agar-agar Lapis

Bahagian A
1 1/2 sb(7.5g) agar-agar serbuk/agar-agar strip
600 ml air
1 cawan gula pasir
40g gula batu (tak bubuh pun tak pe)
pewarna merah, hijau, kuning (ikut suka le nak letak warna apa)

-Masak agar-agar bersama air hingga larut.
-Tambahkan gula. Tutup api bila gula dah larut kesemuanya.
-Tapis dan bahagikan kepada 3 bahagian
-Tambah beberapa titik pewarna yang berlainan setiap bahagian.

Bahagian B
1 1/2 sb(7.5g) agar-agar serbuk/agar-agar strip
200 ml air
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
pewarna merah, hijau, kuning (ikut suka le nak letak warna apa)

-Masak agar-agar bersama air hingga larut.
-Tambahkan gula.
-Bila gula dah larut kesemuanya, tambahkan susu cair dan kacau rata.
-Tapis dan bahagikan kepada 3 bahagian
-Tambah beberapa titik pewarna yang berlainan setiap bahagian.

Cara melapis:
-Seeloknya kedua-dua bahagian A dan B dimasak serentak.
-Tunggu hingga satu lapisan tu separuh keras baru dituang lapisan yang baru.
-Tuang setiap lapisan dengan perlahan-lahan

Lapisan 1- Bahagian B merah
Lapisan 2- Bahagian A merah
Lapisan 3- Bahagian A hijau
Lapisan 4- Bahagian B hijau
Lapisan 5- Bahagian B kuning
Lapisan 6- Bahagian A kuning


Atau bolehlah lapis ikut kreativiti sendiri
*boleh jugak kalau nak tambah any flavour ke dalam adunan agar-agar

6 comments:

yokekeen said...

hi maisya
i came across yr blog tonight. yr bakings r so beautiful & look delicious. however there r in indonesian. would u mind if i request some of them to be translated in english? thanks!

rgds
yoke

Maisya said...

thank you for visiting my blog. i'll try my best to translate the recipe for you, please let me know which recipe you're interested in. You can email me mayzatt@yahoo.com

Syikin said...

sebelum ni rasa cam susah je buat puding ngan agar-agar,,tak pernah try buat.masak pun tak kretif sgt..tak pandai nak ubah-ubah,takut jadi tak sedap..

Syikin said...

kirim salam kat cyberfriend akak..bestla ramai kawan,.ikin pun nk jadi kawan akak jugak boleh..nak kongsi citer..hp ikin,0199531061

Syikin said...

tertunggu-tunggu akak reply..setia menanti..hu,hu

Maisya said...

Terima kasih Syikin datang jenguk blog akak yg dah lama tak update ni. Sibuk melayan kerenah anak-anak...Akak ni start belajar masak agak lewat..masa umur awal 20an...sebab tercampak sorang-sorang kat negara orang, nak tak nak terpaksa masak sendiri.Lepas kawin lagi la nak kena masak sebab dah jadik surirumah plak...sekarang pun masih dlm proses belajar lagi.