Kek Lapis Happy Day
Satu lagi projek utk menghabiskan stok kaya. Maisya buat 1/2 adunan je so resepi kat bawah ni yang maisya dah bahagi 2. Maisya just bahagi kepada 3 bahagian dan bubuh warna merah, hijau dan koko. Setiap lapisan bubuh dalam 2 senduk nasi adunan dan kukus 10 – 15 minit. Untuk lapisan hijau maisya taburkan ceri hijau yang dah dipotong-potong kecil( ni yang orang selalu guna utk hias atas biskut )….tak bubuh kismis sebab tak de stok kat rumah. Abaikan susunan warna yang berterabur tu….kih..kih..
KEK LAPIS HAPPY DAY [Kero-kero]
8 oz mentega
5 biji telur
3/4 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat (lebih kurang 250g)
200g serikaya
2 camca teh Nescafe
1/2 camca teh vanilla
Pewarna hijau, kuning, merah & sedikit kismis
Cara-caranya:
1. Mentega dipukul dgn gula & kemudian masukkan telur. Kacau rata.
2. Masukkan serikaya ke dlm adunan tadi & gaul sebati.
3. Kemudian masukkan susu pekat, vanilla & tepung. Kacau adunan hingga rata.
4. Bahagikan adunan kpd 4 bahagian. setiap satu diberi warna hijau, merah & kuning. Bahagian yg tak bewarna dibubuh Nescafe.
5. Kukus setiap lapisan warna, kuning, merah (ditabur sedikit kismis), hijau, putih(adunan nescafe) hingga habis.
6. Setiap lapisan masukkan 2 senduk @ kalau malas nak lapis bnyk, masuk 1 bancuhan warna & kukus. & masukkan warna seterusnya hingga habis.
*Kalau tak suka manis sgt, boleh kurangkan gula & serikaya.

Ulasan