Thursday, June 8, 2006

Popia Basah

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Petang tadi dah berjaya buat popia basah guna resepi dewi. Mula-mula kulit tu tak berapa menjadi sebab dia tak lekat kat kuali( maisya guna kuali hitam yg biasa jer tapi yg jenis tebal punya ). Ada le dlm 3 or 4 keping yg first tu terpaksa dibuang...nak kata kuali tu berminyak dah cuci bersih-bersih dan lap kering-kering so maisya agak kuali tu terlalu panas. Maisya teringat yg ada forumer kat FNR cakap dia alihkan dari api masa nak buat kulit tu so try ler alihkan dari api dan biar kasi sejuk sikit...alhamdulillah lepas tu menjadik! Maisya guna tangan jer, tak de lah panas sangat.

Popia Basah
Recipe posted by Dewi at FNR

Kulit Popiah
Bahan:
Tepung Gandum 1 kilo
Air ( bancuh macam buat cucur tapi pekat sikit)
Minyak masak ( 2 sudu besar)
1 biji telur ( optional tak der pun tak pe)

Cara:
-Bancuh tepung dan gaul sampai tak berketul2. dan biarkan sekurang2nya 1 jam.
-Bila kuali dah cukup panas, tak payah panas giler api serderhana kecil, ambil segenggam tepung dan lalukan atas kuali membentuk bulatan dari luar dan dibawa ketengah. lebihan tepung di tarik dan buh balik dlm bancuhan tepung yg dibuat.
-tunggu hingga tepi kulit popia tu mengelupas dari kuali dan tarik keluar susun atas pinggan/ bekas.
-kulit yg dah buat tu balut dgn kain . jgn kasi kering tepi2 dia


Inti Popia
Bahan:
sengkuang dihiris
tauhu diramas
kacang panjang potong halus
taugeh
udang ( ni nak tambah crab fillet, isi ayam pun boleh)
serbuk kunyit
bawang merah-dihiris
kacang tanah-disangai dan dimesin kasar
bawang goreng

Cara:
-kacang panjang dan taugeh celur sekejap dan toskan kering.
-tumis bawang merah hingga wangi
-masukkan udang dan tauhu yg diramas , serta serbuk kunyit kacau rata.
-masukkan sengkuang dan kacau rata hingga sengkuang sedikit layu
-letak atas tapis supaya air sengkuang turun.

Sos cili
Bahan:
500gm cili kering

100 gm kurma/kismis hitam
1 cawan gula

Cara:
cili yg dimesin dan kurma (rendam dulu baru senang mesin) dimasak perlahan2 hingga pekat tambah gula kalau sos terasa terlalu pedas. ikut rasa sendiri lah kalau nak pedas atau kurang pedas ni.
*Sukatan hanya anggaran, depends on byk m ana air yg tercampur masa blend bahan2 ni.. kalau nak pekat cepat dan tak nak tambah gula byk tambahkan kismis / kurma ... cara nie kuah senang pekat. kalau cili pedas kena lah tambah gula.

Cara Menyediakan Popia:
-sapu sos atas kulit
-tabur kacang tanah yg dah di mesin
-letak sayur sengkuang dan juga taugeh & kacang panjang
-tabur bawang goreng
-gulung dan lipat
-nak tambah cili atas pun leh gak tabur lagi kacang untuk lebih umphhh
-sedia untuk di ngap.

4 comments:

narapatinantaboga said...

wahahaha... baru tau resepi sos popia basah ni pakai kurma rupanya. hehehehe tenkiuu maisya! (abes aa lepas ni boleh jual kt bazar ramadahn... ;) hihihihihi)

Maisya said...

narapatinantaboga,
tu la rahsianya!

Anonymous said...

Baru tau senang rupanya resepi ne..lama cari..mintak izin salin resepi ya sis..tima kaseh untuk resepinya

Anonymous said...

sape2 nak buat duit dengan popia sms/email kat saya. Saya boleh ajar cara dan teknik nak buat kulit popia.cuma rm200. je buat masa ni akan datang tak taulah.Saya ajar 1 atau 2 org je pesessi Masa sabtu atau ahad.sms 0107883324 email ghni5719@gmail.com