Cendawan Goreng

Resepi ni lebih kurang sama dengan yang maisya pernah letak sebelum ni:
http://daridapurmaisya.blogspot.com/2008/07/cendawan-goreng-celup-tepung.html


Dalam gambar ni yang kat belah atas tu bukan pisang goreng ye...he..he..tu fillet ikan.


Cendawan Goreng
http://nasron.wordpress.com/2007/11/20/resepi-terbaik-cendawan-goreng-yang-enak


untuk lebih kurang 300 gm cendawan tiram - dicarik-carikkan kecil

1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 sudu besar air kapur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar air/jus limau nipis@kasturi@lemon/cuka

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan kasar

jintan manis, ketumbar dan jintan kasar sangai (goreng tanpa minyak) dalam 5 minit. lepas tu blender.
masukkan semua bahan2 tu dalam mangkuk besar dan tuang air sikit demi sedikit. kacau. tambahkan air dan kacau lagi. begitulah hingga dapat kepekatan / kecairan yang sesuai.

Cara Menggoreng;
minyak kena banyak dan PASTIKAN MINYAK BETUL-BETUL CUKUP PANAS baru masukkan cendawan yang telah dicelup adunan tepung tu tadi. Pastikan JANGAN MERENDAM cendawan dalam tepung! Time nak goreng, baru celup dan goreng dalam kuali. Kalau siap-siap masukkan cendawan tu awal-awal dalam adunan tepung, nanti dia jadi lembik dan tak best. Bab goreng-menggoreng ni kena cekap control api dapur. Jangan sampai api tak cukup panas, karang menyerap minyak pulak. Kalau api terlebih panas, hangus pulak! Anyway, goreng tu tak perlu lama-lama. Asal warna dia jadi golden brown, cepat-cepat angkat! Just make sure tepung dia dah masak, that’s enough!
Cendawan goreng ni paling sesuai dimakan dengan cara mencicahnya dengan sambal kicap yang dicampur dengan sedikit perahan air limau kasturi. So, ada rasa pedas, manis, masin

Nota:
-Tepung gandum menentukan tebal atau tipisnya salutan tepung goreng. Kalau nak lebih “berisi” letak lebih portion dia. Tapi kalau terlebih jadi tebal cam cekodok pulak.
-Tepung Beras memberikan rasa “keras” untuk membuat kerak. Kalau suka kerak dia keras sikit, tambahlah portion dia. Kalau terlebih jadi keras dan liat pulak nanti.
-Tepung Jagung memberi kesan rangup atau crunchy cakap omputih. Kalau terlebih akan menyerap banyak minyak.
-Serbuk Kunyit sekadar nak beri warna kuning, biar nanti goreng kaler dia nampak golden brown.
-Air Kapur; Petua orang-orang tua, supaya lebih rangup.

Ulasan

makcikkantin berkata…
Salam maiysa,
makcik buat lagi sekali resepi bengkang tepung tu tapi kali ni makcik letak nangka. hmm sedap.....nanti2 baru update kat blog. terima kasih ye