Apam Kismis
Nie ada jumpa resepi daripada timbunan resepi yg dikumpul zaman bujang dolu( kumpul jer byk, buat pekasam... :P )..bila tengok simple jer resepi ni so try ler buat few days ago.
APAM KISMIS
(Maisya memandai jer kasik nama ni) ...nama asal resepi ni SIMPLE MUSHI PAN ( pronounce as mushi pang. Japanese word : Mushi=steam, pan=bread/bun )
Bahan:
80g tpg gandum
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
1 biji telur
60g gula
3 sudu besar susu segar
esen vanilla
1 sudu besar minyak
kismis
Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan garam
2. Kismis direndam dlm air suam beberapa minit, kemudian toskan airnya
3. Pukul telur bersama gula hingga kembang( hingga berwarna keputihan ).
4. Masukkan susu,esen dan minyak. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan pula bahan yg telah diayak, kacau hingga sebati.
6. Lapikkan acuan dgn paper cups dan tuangkan adunan ke dalamnya. Taburkan kismis di atasnya.
7. Kukus dgn api yg kuat selama 10 -13 minit.
Nota:
1.Kismis boleh juga diganti dgn keledek yg telah direbus dan dipotong dadu.
2.Maisya guna susu tepung yg dibancuh dgn air ganti susu segar tu.
3.Maisya buat tak guna paper cup pun( sebab tak de )...just tuang dlm acuan yg dah dipanaskan terlebih dahulu.Sapu sikit minyak kat acuan tu supaya senang keluar.
4.Adunan ni hanya menghasilkan 6 biji apam size medium
Ulasan