Sagu Gula Merah

Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Sagu Gula Merah

First time buat, maisya ikut cara yg biasa iaitu basuh sagu, tapiskan lepas tu masak dgn air sampai sagu kembang dan masak, kena kacau selalu dan ambil masa yg lama...tapi hasilnya tak cantik. Refer gambar yg pertama.
Kemudian maisya terbaca tips yg ditulis oleh forumer s3Nor!t@ di forum.cari.com.my seperti yg tertulis di bawah ni. Setelah ikut tips ini, barulah sagu tu jadik cantik, dan caranya pun mudah dan cepat. Hasilnya seperti dlm gambar kedua.

...petua dr chef rohani jelani...
1. didihkan air lam periuk (air lebihkan sikit lagi elok), pastu masukkan sagu (jgn basuh...bukak packet terus jer masuk lam periuk tu)...
2. pastu, sambil tuang sagu sambil kacau supaya nanti sagu tak bergentel....biarkan mendidih atas api besar lebih kurang 10 minit.
3. pastu, padamkan api tudungkan periuk. Biarkan sagu duk lam periuk dalam 10-15 minit.
4. pastu, bukak tudung periuk....kacau2 tengok sagu tu, bila dah bertukar jadi jernih boleh lah tapiskan.
5. pastu, siram sagu dibawah air mengalir sampailah hilang kanji2 dia tu....
6. pastu, masukkan lah dalam acuan.

Sagu ni boleh dimakan bersama santan&air gula merah atau susu cair&air gula merah....maisya dah cuba kedua-duanya dan bagi maisya, maisya lebih suka makan dgn susu cair&air gula merah.

Ulasan