8th Wedding Anniversary


22hb Jun merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan Maisya & hubby...tahun ni anniversary yg ke 8.

Malas nak buat kek ( kek birthday Maryam yg ke 4 bulan April lepas pun tak buat...) so semalam just buat muffin pandan untuk bekal hubby ke office dan selitkan nota 'Happy 8th Anniversary'.....hubby macam tahu je Maisya malas nak buat kek , masa balik dari office dia bawak balik kek yg dibeli di kedai....tq! Dah lama hubby tak beli kek kat kedai, sebab selalunya Maisya buat sendiri.

Nie lah rupa kek yg dah tinggal separuh je, kek span coklat dengan topping buttercream.


Nie pulak muffin pandan yang Maisya buat semalam

MUFFIN PANDAN
copy from:
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1753794
Sumber : -Cari.com

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis.

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

Ulasan

umeboshi berkata…
happy anniversary k.mayzatt and hubby!! oshiawase ni.. :-)
makcikkantin berkata…
hepi aniversary maisya.......moga jodoh berpanjangan & bahagia selalu
Maisya berkata…
tq noora & makcikkantin
Bal aka Zai berkata…
Happy Anniversary kak Maisya moga bahagia ke akhir hayat