Roti lagi

Semua roti ni guna resepi yang sama , iaitu resepi Mini Loaf Bread . Cuma ada sesetengah tu Maisya tambahkan lagi kuantiti gula.

Yang ni bubuh inti kaya pandan lepas tu pipe kan jugak kaya pandan kat bahagian atasnya. Sedap tu sedap tapi masa nak makan tu comot sikitlah sebab kaya yg jadik topping tu melekit sikit.


Yang ni plak letak sosej dan pipe kan sos tomato. Loyangnya kecik, kesian roti tu terpaksa berhimpit..he..he..


Yang ni kosong je tak de tambah apa-apa.

Yang ni pulak dilapiskan dengan inti coklat...cara nak buatnya macam nak buat croissant or boleh rujuk entry yg ni: Pandan Marble Bread. Ingat nak buat comel-comel je tapi jadik gedabak le plak.

Ulasan

Kmal berkata…
Salam Maisya..
Kmal selalu singgah..tapi kadang2 payah nak tinggal jejak..rajinnye buat roti..kmal ni sejenis pun tak tau bila nak rajin bab roti2 ni..
makcikkantin berkata…
salam,
maisya nye roti cantik. makcik buat roti selalu tak lawa & tak lembut ie kat luar tu keras, kat dalam tu okaylah jugak. tak tau tang mana silap
Maisya berkata…
K.Amal,
Samalah kita...maisya pun selalu pi fp kak amal tapi tak tinggal komen je. Anak suka makan roti so rajinlah buat.

Makcikkantin,
selalunya bila keluar dari oven je maisya terus sapu butter/marjerin ... jarang la jadik keras kecuali bila terlebih bakar.
Bal aka Zai berkata…
Kak Maisya kecur tenguk roti tu
haniss berkata…
selalu juga menyinggah sini, kali ni tinggal jejak skit....hanis suka juga bab2 me`roti' ni, rajin maisya ni mengeksperimen macam2 ka dapor,
blogresipi berkata…
Sukenye roti sosej tue... himpit2 pun takpe, janji sedap..;)
MamaFaMi berkata…
Maisya ni buat roti banyak-banyak, habis ke makan? Kalau tak habis, mama sudi menolong dengan hati yang ikhlas, suci dan murni serta rela hatinya.... ahakss..
Maisya berkata…
Bal,
try le buat roti plak.

haniss,
suka buat roti yg pelbagai rupa dan rasa...kalau ada resepi yg menarik , sharelah.

blogresepi,
ya, janji boleh makan kan.

mamaFaMi,
Selalunya memang habislah, kekadang tu tak cukup...maklumlah anak-anak semua tgh membesar...asyik lapar je.
MyLilBundle berkata…
cantiknya roti akak!!
plg x tahan tgk roti kaya pandan tuuu mmg nampak montok2 sure gebus nih!
Maisya berkata…
shima,
jangan tuannya montok dan gebu macam tu udahlah...he..he..