Monday, April 19, 2010

Kari Ikan Utara

Lama~nya dah tak update!

Cubalah resepi kari ni , memang best! Maisya memang fail sikit kalau buat kari ....selalu ada je yg tak kena. Nasib baik la walaupun husband org Penang tapi dia bukan fanatik dgn kari. Kalau arwah bapak mertua, memang wajib ada kari ikan tiap hari...kalau org tak masak, dia akan masak sendiri!
Resepi ni dari puan Kacip_Fatimah dari forum cari. Maisya guna ikan bawal.


KARI IKAN UTARA
http://mforum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&ptid=168494&pid=10373600

Bahan2:-

1 ekor ikan jenahak/merah/bijik nangka dsb - potong kecil
3 sdm rempah kari ikan - penuh bumbung
9 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 sdm halba campur
1 sdm cili mesin
1 kotak santan
1/2 cawan minyak atau lebih
3 tangkai daun kari - lurutkan
segumpal asam jawa - rendam dalam air
2sdk garam
1sdk perasa ikan bilis(optional)

Bahan tumbuk:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sdk jintan manis biji
1 sdk jintan putih biji
2 sdk lada hitam biji

Bahan sampingan:-
2 biji terung bulat ungu/putih - potong baji
6 batang bendi
2 biji tomato - potong 4
1 biji bawang besar - potong baji
3 biji cili hijau - belah tgh tapi jgn putus

Cara:-
1. Dalam periuk masukkan minyak dan biar panas.
2. Masukkan halba campur,goreng sekejap dan masukkan daun kari.Biar halba dan daun kari 'masak' sedikit baru dimasukkan bawang merah dan bawang putih.Biarkan sekejap di atas api.
3. Di dalam mangkuk..masukkan rempah kari bersama air panas.Kacau sehingga rempah tidak berbintil-bintil.Kemudian masukkan cili mesin ke dalam mangkuk tadi.Masukkan bahan tumbuk juga.kacau2 dan ketepikan.
4. Pastikan bawang ditumis sehingga garing [color dia mmg kuning nak garing betul]
5. Tuang bahan2 dalam mangkuk tadi ke dalam periuk.Kacau sekejap dan tudung dgn periuk.
6. Dalam pada itu boleh siapkan terung.Potong 4 terung.
7. Kacau rempah sehingga benar2 masak dan pecah minyak.Sampai mercik2 kat tanganlah!
[Lebih kurang mcm dok kacau dodol laa]Bukak tudung dan kacau lagik..tutup balik..pastu dalam 5 minit kacau lagik sampai benar2 masak.[part nie yg penting..rempah kena masak btoi2]
8. Masukkan terung dgn sedikit air.Bila terung dah empuk masukkan air asam dan santan.Ya ng nie kalau rasa pekat sgt kuah tu,boleh masukkan air.tapi jgn byk..tuang skett2 dulu..
9. Bila dah menggelegak,baru masukkan ikan,kacang bendi,bawang yg dipotong baji.Perasakan dgn garam dan perasa ikan bilis.
10. Bila ikan dah masak,tutup api dan masukkan buah tomato yang dipotong 4 dan cili hijau.

No comments: