Birthday Cakes

Kek yg Maisya buat utk anak-anak yg sambut birthday bulan 8 dan 9 lepas.

Ini utk Aisyah. Keknya adalah kek nestum decoration guna buttercream ( steamed buttercream ). First time berjaya buat teknik buttercream transfer. Maisya refer pada video ni:
http://www.youtube.com/watch?v=CV2DZDuv9XA







Yang ni pulak utk Sarah. Keknya adalah kek span coklat yg dilapis dengan chocolate ganache. Decoration guna white chocolate ganache as topping dan piping gel( homemade ) untuk lukisan atasnya. Cuma outline gambar dan jugak tulisan tu guna chocolate ganache. Sebenarnya topping guna white chocolate ganache tu tak smooth , tu yang pi cover keseluruhan kek dengan piping gel tak de la nampak cacat celanya.





Kek Span
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA
http://resipinoraini.blogspot.com/2007/12/membuat-kek-span.html

Bahan-bahan :
125 gm gula kastor
10 gm ovalette
4 biji telur
120 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
40 gm air
60 gm mentega cair/minyak masak
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :

1. Satukan gula, ovalette,telur , tepung kek dan serbuk penaik dalam mangkuk pengadun dan pukul kelajuan maksima selama 5 minit hingga kembang.(Guna mixer Kenwood Chef)
2. Satukan air dan esen vanila dan pukul lagi hingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Masukkan minyak atau mentega dan gaul sebati.
4. Sediakan acuan bulat 8 inci . Lapik kertas serap minyak .(Tak perlu digriskan)
5. Tuangkan adunan dan bakar 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
6. Keluarkan dari ketuhar dan telangkupkan atas redai selama 10 minit agar permukaannya tidak mendap.
7. Terbalikkan semula kepada asal. Leretkan pisau sekeliling bekas kek dan keluarkan kek.Sejukkan.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam....sy tumpang promosi di blog ini ye....bagi produk kencing manis....sila click url di bawah. Thanks.

Jana pendapatan RM4,500 sebulan dengan modal RM100.00. Jom click url ini http://www.osteen.com.my/?id=6

"PERCAYALAH...
Ianya Sangat Mudah dan Boleh Dimulakan Dari Rumah Atau Di Mana Sahaja...
SERTAI SEGERA!!.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah klik url ini sekarang http://www.osteen.com.my/?id=6
dan nikmati sebuah sistem perniagaan online yang dibangunkan untuk memaksimumkan keuntungan dan bekerja 24 jam sehari di mana sahaja anda berada!
duniavitamintini berkata…
salam..
kak maisya..cantiknya dua2 kek tu..
sukanya tgk akak deco ats kek tu..jelesnya..
bilala sy lak nk blaja wt ni..huhu
Atie'z Collections berkata…
pn maisya, kalo tak guna ovalette blh tak?kek tu jdi apa kalo tak buh omelette? then kalo tak guna tpung kek guna tpg gndum jer mcmna? tq