Entry ini agak lewat sikit. Ingin berkongsi maklumat sedikit, semoga bermanfaat kepada semua. Tahukah anda bahawa 2 April setiap tahun adalah merupakan Hari Kesedaran Autisme Sedunia (World Autism Awareness Day)? Adakah anda tahu mengenai autisme? Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi yang mengganggu perkembangan pembelajaran, komunikasi, emosi dan sosial. Dari segi fizikal mereka adalah normal. Ianya boleh dikesan semasa kanak-kanak berumur seawal 2-3 tahun. Diagnosis awal adalah penting. Berikut adalah antara ciri-ciri Autisme. My daughter Sarah, 5 years old has ADHD( Attention Deficit Hyperactivity Disorder ) with mild-autism. She has some of the characteristics listed below. CIRI-CIRI AUTISME i. Komunikasi Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut: -Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung. -Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain. -Jarang menggunakan bahasa. -Sukar diajak...