World Autism Awareness Day
Entry ini agak lewat sikit. Ingin berkongsi maklumat sedikit, semoga bermanfaat kepada semua.
Tahukah anda bahawa 2 April setiap tahun adalah merupakan Hari Kesedaran Autisme Sedunia (World Autism Awareness Day)?
Adakah anda tahu mengenai autisme?
Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi yang mengganggu perkembangan pembelajaran, komunikasi, emosi dan sosial. Dari segi fizikal mereka adalah normal. Ianya boleh dikesan semasa kanak-kanak berumur seawal 2-3 tahun. Diagnosis awal adalah penting.
Berikut adalah antara ciri-ciri Autisme. My daughter Sarah, 5 years old has ADHD( Attention Deficit Hyperactivity Disorder ) with mild-autism. She has some of the characteristics listed below.
CIRI-CIRI AUTISME
i. Komunikasi
Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:
-Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.
-Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
-Jarang menggunakan bahasa.
-Sukar diajak bercakap.
-Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.
-Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.
-Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
-Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
-Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.
ii. Interaksi Sosial
Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem:
-Suka bersendirian.
-Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain.
-Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.
-Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.
iii. Gangguan Deria
Diantara ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:
-Sensitif pada sentuhan.
-Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.
-Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.
-Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.
iv. Pola Bermain
Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:
-Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya.
-Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang dipegangnya.
-Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.
-Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana sahaja.
v. Tingkah Laku
Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:
-Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.
-Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.
-Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).
-Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.
vi. Emosi
Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. Diantaranya ialah:
-Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya.
-Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu.
-Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.
-Adakalanya mencederakan dirinya sendiri.
-Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
Sumber rujukan: Portal Rasmi Pendidikan Khas Larut Matang & Selama
imej diambil dari laman web National Autism Society Malaysia (NASOM)
Ulasan