Kek Hari Lahir

Dah lama tak post apa-apa di blog ni....mmm....gambar & resepi byk yg belum dimuatkan di sini. Blog ini hanya tempat untuk menghimpun resepi supaya mudah dirujuk kemudiannya, sebab selalu tulis dalam kertas lepas tu hilang entah ke mana...blog ini bukanlah catatan harian atau diari masakan, Maisya post entry tak ikut turutan tarikh...ada yg dah berbulan-bulan tersimpan dalam PC...so please bear that in mind...






Kek span vanilla dengan lapisan buttercream serta jem strawberry(this one buat bulan 10 tahun lepas)...dihiasi dengan buttercream. Imej Strawberry Shortcake menggunakan teknik buttercream transfer.






Kek Batik biskut marie ditambah di atasnya dengan imej My Melody menggunakan teknik buttercream transfer juga...sedikit ralat kerana terlupa nak buat mirror imej so hasilnya gambar dan tulisan jadik terbalik...he...he..dah malas nak repair sebab buttercream pun dah habis, perkakasan semua pun dah basuh, redha sajalah.

Ulasan

MamaFaMi berkata…
Terbalik tulisannya pun terbaliklah Maisya, janji keknya sedap. Hehe... tak pernah dengar pulak buttercream transfer. Cemana agaknya ye?
Maisya berkata…
he..he..tu la..janji boleh makan. Buttercream transfer tu mama boleh check tgk video ni:
http://www.youtube.com/watch?v=CV2DZDuv9XA
rose berkata…
Salam,Maisya
Cantik kek..sy pun tgh blajar wat teknik bc trsfer ni..

nak tny ttg marzipan bule..?
1. kl buat brapa lama ia bule tahan?
2. kalau simpan n nak guna semula tu masukan syrup aper?

TQ
Wanieyra berkata…
salam ziarah..sedapnya kek tu
Tanpa Nama berkata…
salam maisya..dengar tak berita kawan kt d prt buntar kembali ke rahmatullah hr ni? Alia Dr Rashd
Maisya berkata…
Alia Dr Rashd,
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un...tak tahu plak berita tu...siapa?
Tanpa Nama berkata…
a'ah..syafiqah mengidap anemia..pregnant 4 bln..kebumi lepas asar...meningglkn 3 anak2 yg kecil...Allahuakbar!!

btw ni inai...
Maisya berkata…
Terima kasih Inai bagitau, tadi masa pergi nusrah jemaah kat rumah kenalan di sini pun ada yg mengenali arwah dan mereka sempat menziarahi jenazah. Maisya tak dapat nak balik , suami pun baru tahu bila Maisya bagitau. Arwah pernah keluar 3 hari di rumah Maisya di sini. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org-org yg beriman.
Inai bagi contact number, nanti senang nak berhubung....email ke mayzatt@yahoo.com
Maisya berkata…
rose,
sorry ...maisya tak reti la pasal marzipan tu. Pernah buat sekali je utk suka-suka.