Kek Alunan Kasih



Akhirnya tertunai jugak hasrat nak buat kek ni. Sungguh tertarik dengan corak yg terhasil apabila melihat rakan-rakan food blogger yang lain membuatnya. Inilah hasil dari dapur Maisya pula. Maisya baru je buang pewarna merah & biru yg dah expired...hanya ada warna hijau dan kuning, maka jadilah kek hijau-kuning ni. Rasa kek ni pun sedap dan lembut. Kalau lihat gambar kek yg Maisya buat ni mungkin akan perasan bahagian tengah kek agak lembap...hu..hu...kat tengah tak berapa masak la plak, next time kena tambah sikit masa dalam 5-10 minit. Masa cucuk dgn lidi tu macam dah ok jer.


KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})

BAHANNYA
5 Biji Telur
1 1/2 cwn marjerin atau 250g butter
2 1/2 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan, Maisya guna 1 1/2 cwn je)
1 sudu kecil baking powder
1/2 cwn susu cair (Maisya guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna perasa lain juga)
*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna (ikut citarasa masing2)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:

Pukul butter dan gula sampai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lagi
Masukan esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna
Griskan loyang dan tabur sikit tepung(Maisya alas juga dgn kertas minyak)..masukkan adunan..ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua(warna lain)...ratakan perlahan-lahan.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…( Maisya buat 4 lapisan sahaja..rasanya itulah yang paling sesuai )
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…


tips :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut, serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

Ulasan

Unknown berkata…
salam ziarah.. cantik kek tu..jmput kumah saya ye..
suesofieyya berkata…
Salam maisya..lama tk jenguk sini..sekali di jemput terujanya dng kek nie..nampak sedap..nk cuba gk ler..
Pinchesska berkata…
salam..

cantik beralun kasihnya...cukup kasih sayang kek tu..
makcikkantin berkata…
Waaa, maisya, harus cuba ni.
mck ada nampak kek macam ni, tapi the kukus type...tak suka sbb bau telur.
Yang ni nampak serupa but bake. insyallah nak cuba nanti. THX.
makcikkantin berkata…
salam maisya,
makcik dah cuba....hmmm sedap dan resepi tu dah berjalan ke rumah kawan makcik pulak bersama sama potongan kek tu tadi. makcik guna gula 1 1/2 cup juga, susu guna whip cream n semua same colour, tak ade kaler kaler
TQ
ma'chiks berkata…
salam, cantik kek...salute!
Maisya berkata…
maaf le jarang jawab komen....terima kasih sebab singgah ye.
McK, dah buat ye...sempoi kan resepi ni.
Tanpa Nama berkata…
SAMA LA... NORA PUN KALU BUAT KEK SELALU TENGAH X MASAK...HUHU.