Apam Polkadot


APAM POLKADOT
Sumber resepi: Shelly@myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/12857

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

-masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
-masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag
-picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
-letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
-picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
-last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit @ sehingga masak



Ulasan

Mila@Rimbun berkata…
comelnyer.. bahan2 tuh mcm buat apam mekar je eks.. cuma kena dot2 kan warna nyer yer... bolehlah try jugak nnt.. TQ yerr
Maisya berkata…
ye betul, macam resepi apam mekar cuma yg ni ada letak inti dan TAK boleh kukus dgn api besar
nora_shikin berkata…
salam... saya x faham macam mana nak titik kan dot2 2.. guna apa yea..
Syahida berkata…
cantiknya apam polkadot. zarif, anak saya cukup SUKA :)
rahel berkata…
Salam Maisya,cantek apam dot2 tu nak sebiji...