Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Biskut Raya

Imej
Selamat Hari Raya~masih belum terlambat rasanya. Raya tahun ni tak berapa beraya...selepas raya ke4 kami langsung tak pergi beraya ke rumah sesiapa pun. Hari ni baru nak beraya pula sebab ada jamuan raya di surau. Seperti biasa, biskut raya tetap akan buat walaupun tiada orang datang ke rumah. Buat untuk bawa balik ke rumah parents dan juga mertua, tak lupa juga untuk makan sendiri kat rumah. Kali ni sempat buat 2 jenis je biskut sebelum raya haritu ( 4 hari sebelum raya baru terhegeh-hegeh nak buat he..he..). Biskut pertama, biskut yang sentiasa jadi kesukaan iaitu Biskut Choc Chips Rangup resepi dari kak Liza. Boleh dikatakan tiap kali hari raya mesti buat dan mesti yg pertama sekali akan habis. Sebelum raya tu buat 3 adunan, selepas raya buat lagi 1 adunan. Gambar ni adalah batch yang buat selepas raya...warna tak berapa gelap sebab guna serbuk koko yang berlainan. Batch yang sebelum tu warna memang gelap, hitam. BISKUT COKLAT CIPS RANGUP http://hanieliza.fotopages.com/?entry=10700