Friday, September 23, 2011

Biskut Raya



Selamat Hari Raya~masih belum terlambat rasanya. Raya tahun ni tak berapa beraya...selepas raya ke4 kami langsung tak pergi beraya ke rumah sesiapa pun. Hari ni baru nak beraya pula sebab ada jamuan raya di surau.

Seperti biasa, biskut raya tetap akan buat walaupun tiada orang datang ke rumah. Buat untuk bawa balik ke rumah parents dan juga mertua, tak lupa juga untuk makan sendiri kat rumah. Kali ni sempat buat 2 jenis je biskut sebelum raya haritu ( 4 hari sebelum raya baru terhegeh-hegeh nak buat he..he..).


Biskut pertama, biskut yang sentiasa jadi kesukaan iaitu Biskut Choc Chips Rangup resepi dari kak Liza. Boleh dikatakan tiap kali hari raya mesti buat dan mesti yg pertama sekali akan habis. Sebelum raya tu buat 3 adunan, selepas raya buat lagi 1 adunan. Gambar ni adalah batch yang buat selepas raya...warna tak berapa gelap sebab guna serbuk koko yang berlainan. Batch yang sebelum tu warna memang gelap, hitam.

Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. (Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.


Biskut yang seterusnya baru pertama kali cuba buat tapi rasa dia sgt sedap...tak rugi buat. Resepi dari Chef Norzailina Nordin tapi mula-mula jumpa di forum cari. Resepi ni tak ada nama..Anis di FNR bagi nickname 'Biskut Orang Berada' sebab bhn-bhnnya yg agal mahal(tapi Maisya dah ubah sikit supaya tak terlalu tinggi kosnya)..dekat blog Chef Norzailina Nordin tulis My Favourite Cookies ( ini ke nama dia? ) so Maisya namakan dia Pnut Butter Layer Cookies.

Sebelum raya tu buat 2 adunan dan selepas raya buat lagi 1 adunan. Masa mula-mula buat agak leceh sebab sepatutnya biskut ni ada 3 lapis; plain-inti-plain, tapi adunan utk inti dan plain tu sama banyak la pulak. Kena canai adunan plain tu nipis sgt-sgt untuk cukupkan nak cover adunan intinya. Yang awal-awal tu jadik tebal sangat..lepas tu baru adjust dan ok sikit tapi still terkial-kial nak lapiskan adunan tu sebab kalau ikut cara dalam arahannya iaitu canai plain 2 keping, canai inti sekeping dan lapiskan. Bila adunan plain sgt nipis, nak angkat tu memang susah, habis pecah dan koyak...tension je masa nak susun dan lapiskan. Lepas raya haritu buat sekali lagi dan kali ni guna cara yang lebih selamat macam gambar bawah ni iaitu lapiskan dulu lepas tu baru canai nipis.




Pnut Butter Layer Cookies
http://norzailina.blogspot.com/2009/09/my-fav-cookies.html

Bahan Doh
80 g gula aising
100 g mentega
1 biji kuning telur
170 g tepung gandum }
60 g tepung jagung } diayak
1 camt serbuk penaik }
1 camt coffee emulco (Maisya guna nescaffe yg dibancuh dgn sedikit air)


Bahan Tengah
70 g mentega
30 g gula aising
60 g chocolate spread (atau hazelnut spread/nutella) *
40 g smooth peanut butter*
1 biji kuning telur
40 gm kelapa kering
2 camb serbuk koko
100-120 g tepung gandum

Cara membuat
1. Untuk doh: Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak dan emulco, uli menjadi doh. Ketepikan.
3. Untuk inti: Pukul 5 bahan pertama hingga sebati.
4. Campurkan dengan kelapa kering, koko dan tepung gandum. Uli menjadi doh.
5. Canai doh setebal 3 mm. Buat 2 lapisan, ketepikan.
6. Canai doh untuk inti setebal 3 mm. Letak di atas doh pertama.
7. Tangkup dengan doh yang satu lagi (perisa kopi).
8. Potong bentuk empatsegi panjang dan susun atas tin pembakar.
9. Bakar pada 180 C selama 20-25 minit atau hingga masak.(Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)

*Maisya tak guna choc spread sebaliknya Maisya beli Mentega Kacang Lapisan Coklat Susu jenama Lady's Choice seperti gambar di bawah....Maisya gunakan sebanyak 100g unutk menggantikan choc spread & smooth peanut butter

Ok, biskut yang di bawah ni semua buat selepas raya...konon kalau ada org dtg rumah bolehlah jamu tapi habis dimakan sendiri anak-beranak je..he....he...

Biskut Bright Eyed Susan ni dah lama ada resepinya di FNR cuma tahun ni baru rajin nak cuba sebab masa raya haritu makan kat rumah orang rasa sedaplah pulak.

bright eye susan
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1899951

BAHAN-BAHAN:

260gm tepung gandum
1/2 tsp baking powder
Secubit garam
250gm butter
125gm gula castor
1 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur

HIASAN:
1 biji putih telur
Almond nibs secukupnya, tak perlu dipanggang
Jem strawberry seckupnya

CARA-CARA:

1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga sebati.

3. Masukkan kuning telur dan terus kacau. Masukkan esen vanilla dan terus kacau.

4. Kaupbalikkan adunan tepung ke dalam mentega dan uli sedikit hingga setakat menjadi doh yang lembut.

5. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil dan bulat-bulatkan. Ini untuk mendapatkan bentuk yang sama untuk setiap biskut

6. Celup permukaan atas biskut dalam putih telur dan kemudian celup ke dalam almond nibs.(Maisya sapu bahagian keliling biskut dengan putih telur dan celup bahagian tepi sahaja ke dalam almond nibs)

7.Susun dalam dulang pembakar dan buatkan lubang tengah dan paipkan Jem kedalam lubang tadi.

9.Bakar pada suhu 200 darj cel selama 10 min atau ikut oven masing-masing(Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)




Ini satu lagi biskut yg sedap. Sebenarnya biskut Oreo Black Beauty ni kalau tengok gambarnya di blog Citarasawan tu memang cantik sebab last sekali ada hias dengan white choc so nampak berseri je. Oleh kerana tak de stok white choc kat rumah dan buat pun utk makan sendiri je so Maisya biar je plain. Sedap biskut ni.

Biskut Oreo Black Beauty
http://resipicitarasawan.blogspot.com/2010/03/biskut-ore-oreo.html

Bahan A
280gm mentega
200gm gula kastor

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm serbuk koko
30gm tepung jagung
20gm biskut oreo (buang krim dan kisar halus)
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur
Biskut oreo (dibuang krim dan dikisar kasar)
coklat masakan putih dicairkan
croquant

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B, gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut.
3. Paipkan dengan nozzle bulat dan bentukkan memanjang. Sapu putih telur dan tabur serbuk oreo diatasnya.( Maisya tambah sedikit tepung supaya adunan tak terlalu lembut dan kemudian just gentel bulat-bulat dan golekkan terus ke dalam serbuk oreo, tak perlu putih telur. Letakkan ke dalam papercups)
4. Bakar pada suhu 150c selama 30 minit.(Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)
5. Sejukkan dan paip dengan coklat putih dan tabur dengan croquant.



Biskut Nestum dan Biskut Choc Rice ni buat utk jamuan hari raya di tadika Maryam. Resepi dari blog Citarasawan tapi ada ubah sikit-sikit ikut bahan-bahan yg ada di rumah

Biskut Nestum
http://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/07/biskut-nestum.html

Bahan-bahan
130gm mentega
20gm shortening
50gm gula kaster
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
140gm tepung rose
20gm tepung jagung
50gm nestum di kisar halus

Hiasan : Kuning telur dan nestum

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 150C.
2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
3. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan kuning telur dan tabur nestum diatasnya.
4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.(Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)
5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Bahan A
125gm mentega
50gm gula ising
1 biji kuning telur
1 sudu teh coklat emulco (Maisya guna serbuk koko yang ditambah sedikit air)

Bahan B
120gm tepung gandum
25gm tepung kentang(Maisya tak guna tepung kentang, ganti dengan tepung gandum)
25gm tepung jagung
10gm susu tepung
50gm badam kisar (sangai dahulu)
50gm coklat urai(Disebabkan choc rice masa tu ada 40g je so Maisya tambah serbuk oreo lebihan buat biskut Oreo Black Beauty..kebetulan ada extra 10g)

Hiasan : Coklat cips secukupnya

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim, masukkan kuning telur dan coklat emulco, putar hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam bahan B dan uli hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bentuk bintang dan picit ke atas dulang pembakar yang di leser dengan marjerin/shortening.(Maisya bulat-bulatkan je kemudian lorek-lorek sikit bagi corak)
3. Bakar pada suhu 160C selama 20 - 25 minit.(Maisya bakar dengan suhu 160 C, api atas dan bawah, selama 15 minit. Pusingkan tray selepas 10 minit)


** Lebih mudah jika menggunakan nozzle yang lebih besar dan boleh ditekan dengan jari. Selepas beberapa ketika doh akan menjadi keras dan sukar di picit menggunakan piping bag.

Last sekali Biskut Nestum-Koko ni saja je buat sebab nestum ada byk lagi. Maisya ubahsuai dari resepi biskut Cornflakes dari Sue di FNR. Sgt sedap la plak hasilnya. Kalau utk raya boleh la hias sikit dengan ceri merah ke kat tengahnya.

Biskut Nestum-Koko
sumber : resepi asal biskut cornflakes oleh Sue FNR

Bahan-bahan :-
160 gm tpg gandum
20 gm serbuk koko
150 gm mentega
80 gm gula aising
50 gm tepung jagung
1 bj kuning telur
80 gm nestum
1/2 sdt serbuk penaik


Cara-cara :-
1. Satukan tepung gandum dan serbuk penaik dan diayak. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi.
2. Masukkan nestum, serbuk koko dan tepung jagung ke dalam adunan mentega. Uli adunan sambil masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit. Rehatkan adunan sebentar jika adunan lembik.
3. Kemudian, bulat-bulatkan adunan sebesar guli atau mengikut bentuk kesukaan anda. Jika hendak gaul dengan lebihan nestum pun boleh juga.
4. Susun adunan di dalam loyang pembakar dan bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh disimpan di dalam bekas.

12 comments:

rahel said...

Waw2..sini banyak biskut yang sedap2...len kali bole tengok lg resepinya ni..hehe..

Maz said...

bijak2....hehe....semua nmpk sedap...esp Pnut Butter Layer Cookies....

Engineers Love Cooking said...

Salam, sila ke blog saya untuk tambah resipi di http://cooking-engineer.nlogspot.com/

Syar said...

Best...lapornye...

Anonymous said...

Salam, Tepung rose utk biskut nestum tu apa benda ya? Tpg gandum cap bunga rose or memang tepung rose. Mana nak dapat? Baru nak cuba so sorry for my ignorance. Tq.

Anonymous said...

Tepung rose tu rsnya tepung red rose..kt kedai bhn2 bakeri ada jual.

Anonymous said...

shortening tu maksud die ape?

Maisya said...

shortening = lemak sayuran. Rupa macam marjerin tapi warnanya putih

Anonymous said...

Croquant tu ape yer? Utk biskut yg golek kt oreo tu...

Anonymous said...

Try buat peanut buttet layer tu tp,knp mcm pelik je doh nye. xsma mcm pic. Inti die ad la iras2.

Maisya said...

croquant tu saya pun tak pernah jumpa lagi.

utk peanut butter layer tu, doh dia pelik macamana? warna doh gelap ke? resepi asal guna coffee emulco so doh memang akan jadi gelap. Maisya guna air nescafe pekat je...sebab tu doh cerah.

nour amy syarmimi said...

salam akak...sy nk tanye biskut nestum koko..nk bkr pd suhu berepa??
lepas pukul mentega & gula dan masukkan kuning telur nk pukul lak berapa lm??