Nasi Biryani Ayam




Ini adalah cara yang agak mudah untuk menyediakan nasi biryani ayam. Resepi ini adalah berdasarkan resepi daripada Chef Vah Reh Vah. Boleh rujuk video ini di youtube 




Nasi Biryani Ayam


persediaan:
1. Cuci bersih dan kemudian rendamkan beras basmathi(kali ini maisya cuma guna beras biasa) di dalam air selama lebih kurang 30 minit. Toskan.
2. Sediakan bawang goreng( kuantitinya bergantung dengan kuantiti ayam dan beras yang digunakan )


Bahan perapan:
Cili hijau, dihiris kasar
Daun pudina dan daun ketumbar, dihiris kasar
Halia dan bawang putih , ditumbuk lumat
Serbuk lada hitam
Jintan hitam dan jintan putih
Serbuk cili
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Bay leaf(daun salam)
Mace(bunga pala)
Kulit kayu manis
Cengkih
Buah pelaga(green cardamom)
Black cardamom
Bawang goreng
Minyak 
Yogurt
*Boleh juga menggantikan kesemua rempah-ratus di atas dengan rempah biryani yang dijual di pasaran.


Cara-cara:
1. Perap ayam dengan bahan perapan lebih kurang 30 minit.( lebih lama lebih bagus )
2. Masukkan ayam ke dalam periuk( gunakan periuk yang dasarnya tebal ). Ratakan di dasar periuk. Tuangkan beras ke atasnya. Taburkan pula daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng. Renjiskan air saffron atau pewarna kuning. Tutup periuk dengaan tudung periuk. Pastikan ditutup dengan rapat supaya wap tidak keluar. Boleh letakkan kain kecil di mulut periuk sebelum ditutup( seperti ditunjukkan dalam video ) atau letakkan sesuatu yang berat di atas tudung periuk ( Maisya letakkan lesung batu ...hi..hi..)
3.Masak dengan api besar selama 5 minit, kemudian api sederhana 15 minit dan api kecil selama 10 minit. Jika takut ayam hangit, alaskan periuk dengan tudung periuk.
4. Bila dah masak, gaul rata nasi supaya rempah sekata.

Ulasan

syida berkata…
salam,

nasi briyani favourite anak2 saya :)
tqvm untuk link ke warkah dari mama. sy sangat hargai *thumbs up!
BINAMINDA berkata…
Salam untuk menambah aroma nasi, boleh menggunakan saffron/za'faran. Saya ada menjual saffron gred A dari Iran, 10g = RM 55 sahaja (Harga termasuk pos). Jika berminat, sila hubungi 014-6245445/016-9921245.Terima kasih.
monica berkata…
enak banget, jadi pengen nyobain..Aneka Resep Nusantara