Catatan

Orange Butter Cake

Imej
ORANGE MOIST BUTTER CAKE Bahan-bahan: 1 buku mentega (250g) 1 1/2  cawan gula(dikisar halus) 5 biji telur saiz A/B 2  1/2 cawan tepung naik sendiri Jus perahan sebiji oren + susu segar = 1/2 cawan Parutan kulit oren(2 biji) Cara-cara: Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 170c. Pukul mentega dan gula sampai putih dan berkrim. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati kemudian masukkan parutan kulit oren. Masukkan tepung selang seli dgn cecair. Kaup balik guna spatula. Jangan kacau lama takut overmix, nanti kek tak menjadi moist malahan keras. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersesuaian yang telah dialas dengan baking paper. Bakar suhu 170 selama 45~50 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing dengan menggunakan api atas bawah. Terbalikkan kek atas redai kek dan biarkan sekejap kemudian terbalikkan semula kepada kedudukan asal.

Kek- pelbagai dekorasi

Imej
Sudah menjadi seakan suatu kewajipan bagi Maisya untuk buat kek semasa hari jadi anak-anak. Ini kek hari jadi yang dihasilkan sepanjang tahun 2016. Semakin lama dekorasi menjadi semakin simple, tidak seperti dahulu....hu..hu..hu..

Tudung Sekolah

Imej
Ada yang sudah mula buat persiapan untuk musim persekolahan tahun hadapan? Kali ini Maisya mahu memperkenalkan tudung sekolah jenama Tudung Si Comel . Sehingga 15 Oktober nanti ada promosi potongan harga untuk pembelian tudung sekolah. Harga jualan yang biasa adalah RM16.90 tetapi untuk tempoh promosi ini harga akan menjadi RM13.90 sahaja sehelai. Jimat RM3! Tudung Si Comel bukan hanya menjual tudung sekolah putih tetapi pelbagai warna. Warna biru pengawas, tudung kelabu untuk Pengakap, tudung merah jambu untuk Puteri Islam dan banyak lagi. Kalau nak cari anak tudung pun ada juga. Anak-anak Maisya memang pakai anak tudung daripada Tudung Si Comel . Sudah beberapa tahun, masih elok lagi. Boleh klik gambar di bawah untuk pergi terus ke laman  web Tudung Si Comel .

MYCYBERSALE 2017

Imej
Sudah tiba masanya yang ditunggu-tunggu oleh para pembeli online yang tegar! !!MYCYBERSALE!! Buat peminat buku, Bookcafe ada tawaran yang hebat sepanjang MYCYBERSALE ini. Ada FLASH  SALE! Tahun ini mereka menawarkan buku serendah 1 sen senaskah. Saya pernah berpeluang membeli kitab Riyadussolihin dengan harga RM1 sahaja semasa Flash Sale. Kitab ini harga biasanya adalah RM120. Tetapi bukan mudah sebab terpaksa bersaing dengan beratus-ratus orang untuk merebut buku yang sama dalam tempoh masa yang terhad. Antara tips yang boleh saya kongsikan untuk Flash Sale ini ialah 1) Pastikan line internet kuat! 2) Login di website Bookcafe siap-siap beberapa minit sebelum Flash Sale berlangsung. Terus pergi ke page Flash Sale dan tunggu page itu diaktifkan. 3) Login website internet banking juga sebab anda akan diminta membuat bayaran segera. Selamat mencuba!

Roti Bantal/ Loaf

Imej
Tahun lepas tak banyak mencuba resepi roti yang baru, asyik ulang resepi yang sama cuma ubah sana sini ikut bahan-bahan yang ada di rumah. Ada juga mencuba teknik sponge dough seperti resepi Queen Bread yang agak popular di kalangan blogger masakan pada masa itu. Maisya ada menjadi ahli kepada Kelab Roti, sebuah group di FB. Banyak juga tips dan ilmu baru yang dipelajari. Contohnya, 1)selama ini Maisya selalu guna air suam untuk buat roti tapi sebenarnya penggunaan air sejuk/air ais sangat bagus untuk menghasilkan roti yang lembut dan bertekstur halus, terutamanya jika uli doh menggunakan mixer atau breadmaker kerana semasa proses menguli doh akan menjadi panas. 2)selama ini juga Maisya selalu menggunakan teknik merehatkan doh 2 kali( uli->biar naik 2 kali ganda->uli buang angin->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar), tetapi rupanya selepas diuli boleh terus dibentukkan (uli->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar). Cara ini lebih cepat dan doh lebih s...

Homemade Peanut Butter

Imej
Senang rupanya nak buat peanut butter di rumah. Beli yang dah siap di kedai sebenarnya lagi senang...tetapi kadang-kadang datang kerajinan nak bereksperimen di dapur. Ini hasil eksperimen baru-baru ini setelah membaca beberapa resepi di internet dan juga menonton video di youtube. Mentega Kacang Bahan-bahan yang perlu: 2 cawan kacang tanah 2 sudu besar minyak  sedikit garam(kalau mahu) K acang tanah dipanggang( atau goreng tanpa minyak).Bersihkan kacang daripada kulit/selaputnya tu.  Kisar semua bahan sampai halus  dan berkrim. Kena sabar sikit masa mengisar tu sebab ambil masa dan kena selalu berhenti-henti dan kacau bagi rata.  Bila rupa dah jadi macam peanut butter yang dijual tu dah siap la maknanya. Boleh ditambah coklat, atau apa-apa yang disukai. tips:  1)Masa mengisar tu kita kisar jangan lama-lama terus-menerus. Kisar beberapa saat, berhenti. Kisar lagi, berhenti....ulang-ulang proses ni sampai siap. Masa berhenti tu kacau-kacau sikit sup...