Cakes

My 4th Wedding Anniversary's Cake

Image hosted by Photobucket.com






Kek Coklat Kukus Bebop

Image hosted by Photobucket.com

KEK COKLAT KUKUS BEBOP

1 1/2 BIJI BUTTER (250 GM + 125 GM).....satu biji butter pun ok
2 CAWAN GULA HALUS
1 TIN SUSU CAIR
4 BIJI TELOR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN KOKO
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
1 SUDU TEH ESEN VANILLA


CAIRKAN BUTTER DLM PERIUK, KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR, ESEN VANILLA DAN GULA, KACAU PERLAHAN HINGGA SEMUA HANCUR DAN SEBATI. kEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN ADUNAN SUAM. SELEPAS ITU MASUK TELUR YG TELAH DIPUKUL DAHULU KEDALAM ADUNAN. SATUKAN DAN AYAK TEPUNG, KOKO, BAKING POWDER DAN SODA BIKARBONAT, KEMUDIAN CAMPURKAN SEMUA BAHAN KERING KEDALAM ADUNAN TADI. KACAU SEBATI HINGGA RATA KEMUDIAN KUKUS SELAMA 1 1/2 JAM.
(ACUAN HENDAKLAH DI SAPU MINYAK KEMUDIAN DI LAPIK DENGAN KERTAS MINYAK SUPAYA SENANG UNTUK DIKELUARKAN KEK DARI ACUAN NANTI. DAN JUGA TUTUP PERMUKAAN ACUAN KEK DENGAN FOIL PAPER SUPAYA AIR KUKUSAN TIDAK JATUH KE ATAS KEK.)


TOPPING:
coklat 300 gm (potong kecil) + dengan 1/2 cawan susu cair, masak cara double boiler. Kacau selalu hingga coklat cair dan sebati dengan susu cair. Lepas tu tengok kelikatan dia ok ke tak...kalau masih agak pekat, tambah lagi susu dan kacau lagi....test lagi dgn ambik sikit ke senduk dan tengok dia turun laju sikit (bukan laju banyak) maknanya ok lah tu...lagi satu kalau kita buat tercair...biar kan coklat tu sejuk nanti dia akan jadik pekat semula...then masak balik. Dan juga kalau kita buat topping tu pekat sangat tapi kita sapu jugak kat kek...topping tu nanti jadi stiff dan tak shining. Makna nya jangan buat pekat2 kena cair sikit baru dia melekit dan shining.....Dan kalau suka bubuh sikit butter pun ok gak

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com




Carrot Cake
Image hosted by Photobucket.com
Carrot Cake

2 cups of sugar
2 cups of flour
2 teaspoons of baking soda
1 teaspoon of salt
3 teaspoons of cinnamon
1 1/2 cups of vegetable oil
4 eggs
3 cups of grated carrot
1 cup of chopped nuts, optional
1 teaspoon of vanilla

Sift together the sugar, flour, soda, salt and cinnamon. Stir in the oil. Add the eggs, one at a time, mixing well after each addition. Add carrots, nuts, and vanilla, mixing thoroughly. Pour into a floured and greased 13 x 9 x 2 inch cake pan. Bake in a 350oF. oven for 30 minutes. Cool in pan. Spread with Cream Cheese Icing.




Kek Pisang
Image hosted by Photobucket.com





Kek Coklat Kukus Roha
Image hosted by Photobucket.com
KEK COKLAT KUKUS ROHA
recipe by Roha Rnet

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula - gula pasir dikisar halus
1 cawan serbuk koko - boleh kurangkan kalau tak suka pahit
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 tin kecil susu pekat / kalau krimer pakai setengah tin saja
1 cawan air mendidih
5 biji telur
1 cawan minyak masak


Cara-cara menyediakan:
1. Panaskan kukusan.

2. Ayak tepung, baking powder, soda dan serbuk koko.

3. Campurkan dengan gula, minyak, susu pekat, air panas dan telur, kacau dengan senduk saja hingga semua sebati.

4. Tuang dalam loyang yang dialas dan di lengser dengan mentega, kukus selama 1-1 1/2 jam atau bila bilah penguji kek keluar bersih.

5. Semasa mengukus pastikan air kukusan ditambah dengan air panas.
Tips:
Actually waktu kukusan bergantung kepada saiz loyang, loyang kecil, masa kukusan dalam 30 ke 40 minit saja.





Birthday Cake
Image hosted by Photobucket.com





Kek Coklat Moist
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
KEK COKLAT MOIST
recipe posted by Bebop at FNR

250g butter
2 cawan gula
2 cawan tepung }
1 sudu teh baking powder } Campur dan gaul sekali
1/2 sudu teh soda bikarbonat }
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1/2 cawan gula }
1 cawan koko } Masak atas api kecil, kacau sampai gula hancur.
1 cawan air } Tutup api, biarkan.


Pukul butter dan gula hingga kembang, then masuk telur dan esen pukul sebati. Lepas tu masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan koko yg dimasak tadi. Buat selang seli sampai habis dan kacau sebati. Sapu loyang dengan minyak atau butter dan lapik loyang dengan kertas minyak. Tuang adunan dlm loyang dan bakar selama 1 jam.






Kek Coklat Kukus Zaiima
Image hosting by Photobucket
Kek Coklat Kukus Zaiima
recipe posted by zaiima at FNR

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak jagung
½ cawan susu pekat manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.

Tepung,soda dan baking powder di ayak satu.
Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.
Gaul rata dan campur tepung.
Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.
Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan .



Ulasan