Pau

Image hosted by Photobucket.com


He...he.. sebenarnya nie le kot first time buat pau yg jadik cun....sebelum ni selalu jadik keras. Kali ni Maisya ikut betul-betul arahannya....selalu dok pandai-pandai sendirik jer.Maisya guna resepi yg diberi sekali dgn Mauripan tu.

Nie resepi asalnya:

1kg tepung gandum
11g yis segera mauripan(1 peket)
200g(1 cawan) gula
100g(1/2 cawan) minyak jagung
460g(2 1/2 cawan) air

*Jumlah air yg digunakan bergantung kpd mutu tepung

1.Gaulkan tepung dgn yis segera dan larutkan gula di dlm air
2.Gaulkan semua ramuan.Uli selama 10 - 15 minit atau sehingga adunan menjadi licin dan kenyal
3.Bahagi kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan setiap satu.Biarkan selama 10 minit
4.Canaikan adunan dan isikan inti
5.Letakkan setiap adunan di atas kertas yg dipotong 4 segi
6.Biarkan selama 35 minit
7.Kukuskan selama 10 minit pada suhu yg tinggi


Maisya buat guna sukatan macam ni(lebih kurang 1/4 dari sukatan yg kat atas tu...dapat 12 biji pau):

2 cawan tepung gandum

1 camca teh yis kering
1/4 cawan gula
1 camca besar minyak masak
1/2 cawan air


cara ikut macam yg diberi, tapi masa kukus Maisya lapik dgn tuala lembap

Ulasan

tuan umah berkata…
maisya..jeles ni tgk pau maisya.saya tgh buat pau ni..agaknya silap teknik kut..jadi lain plak rupanya..yg sebelum ok jerk.ada tips lain lagi ke maisya?
Maisya berkata…
jadik macamna tu? keras ke? Maisya pun kadang-kadang tak jadik gak..he..he..kena uli bebetul...dan sukatan air tu selalunya maisya lebihkan sikit.