Kaswi

Resepi kaswi yg ada kelainan sebab ada tambah kicap...sgt puas hati dgn resepi ni. Kuih maisya tak berapa gelap sgt warnanya sebab gula merah tak cukup.


KASWI
http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1911380


Bahan2
1 1/2 cawan gula merah
5 cawan air
2 sudu besar gula pasir (jika perlu... kalau tak suka manis2 sgt tak perlu tambah)
3 cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong ubi
1/2 sudu kecil kapur sirih/kapur makan (bancuh dengan suku cawan air & tapis semasa nk masukkan dlm bancuhan)
3 sudu besar kicap manis (utk menaikkan rasa lemak & memberikan warna yg lebih gelap)

Bahan2 Lain
Kelapa parut putih secukupnya
Garam halus secukupnya.. ~ digaul bersama kelapa diatas kemudian dikukus sebentar

Cara2 Menyediakan
1. Ambil 2 cawan air (dari 5 cwn air tadi) & campurkan dengan gula merah lalu dimasak sehingga gula merah hancur. Padamkan api & masukkan baki air yg 3 cawan tadi (supaya air gula menjadi suam). Sementara tu panaskan periuk pengukus dengan air secukupnya.
2. Masukkan tepong gandum & tepong ubi ke dalam bekas membancuh. Tapiskan air gula merah ke dalam tepong tadi. Kacau perlahan2 hingga sebati menggunakan whisker. Tambahkan air kapur (tapis juga), kicap manis dan kacau sebati. Jika perlu boleh tambah gula pasir dan kacau lagi hingga gula larut.
3. Tapiskan bancuhan kaswi ke dalam loyang yg sesuai dan kukuslah selama kira2 30 minit atau sehingga masak.
4. Sejukkan sebentar kuih sebelum dipotong. Golek2kan kuih dalam kelapa yang digaul dengan sedikit garam kemudian bolehlah dihidang.

Ulasan

Anonymous berkata…
salam maisya,
nak tanya, kuih kaswi yg maisya buat ni tekstur nye jd camna ye? adakah ianya jd kenyal2 sket, or ada liat2 sket or type yg lembut mcm pudding tu tp masih boleh dipotong dgn elok? i suka yg lembut tu. tima kasih ye
Maisya berkata…
yang ni dia kenyal-kenyal sikit....ada orang kata penggunaan air kapur tu yg buat dia jadik kenyal tapi tak tau la betul ke tak?
zanaz berkata…
eh unik le resipi kuih kaswi ni..ada kicap. pa habaq maisya? akak dah pindah penang dah.

tumpang promosi yek
tiramisu cuppies & baby cistat in Penang, layari http://zanaz70.blogspot.com
Unknown berkata…
Assalamualaikum.. Sy nak tanya sikit..nape kaswi sy mcm basah bila dah masak dan dah sejuk. Sampai kelapa parut bertukar warna sbb menyerap kebasahan pd kaswi.