Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Cakui

Imej
Terpikat bila tgk gambar cakui ni kat blog kak Zana. Resepi ni berlainan sikit dengan resepi yg pernah Maisya cuba sebelum ni. Resepi yg dulu tu ada tambahan baking soda selain dari yis dan adunan kena uli. Resepi kak Zana ni tak perlu uli cuma gaul-gaul je dengan senduk sampai sebati sebab adunannya lembik. Masa nak membentuk tu kenalah bermandi dengan tepung sikit supaya tak melekat kat cutting board dan pisau. Adunan kena peram 3-4 jam....so sebelum tidur dalam pukul 12 tgh mlm tu Maisya bancuh siap-siap dan bangun awal sikit sebelum subuh untuk goreng...takut jugak kalau adunan jadik masam kalau terlebih peram so Maisya simpan adunan dalam peti ais malam tu...alhamdulillah ok je rasa dia. Rupa dia tak secantik yg kak Zana buat tapi hasilnya lembut sampai ke petang. CAKUI http://zanazman.blogspot.com/2010/02/cakui-pau.html 400 gm tpg gandum 4 gm yis segera (maisya guna 1 1/2 sudu kecil) 1/2 sdb shortening (maisya tak letak) 1 sdb marjerin (maisya guna 1 1/2 sudu besar marjerin sebab...

Sardin Gulung

Imej
Antara kuih yg mudah utk disediakan... SARDIN GULUNG Untuk kulitnya gunakan roti sandwich yg digelek hingga nipis...make sure roti tu jadi betul-betul mampat, kalau tak dia akan serap minyak bila digoreng. Kalau rajin sila buang bahagian tepi roti tu....Maisya tak buang pun. Isikan intinya ( sardin ...inti ni ikut suka masing-masing la kan ). Gulungkan....boleh sapukan hujung roti dengan bancuhan tepung gandum yg pekat bagi meng'gam' gulungan tu supaya tidak terbukak. Selalunya ramai yg akan celup dengan telur kemudian baru goreng, atau celup telur kemudian golek dalam breadcrumbs dan goreng( seperti gambar di atas ). Tapi sekarang ni Maisya lebih suka ikut cara Sheila Rusly ( seperti dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan ) iaitu terus je digoreng macam tu saja....hasilnya rangup diluar dan tidaklah byk serap minyak berbanding jika dicelup dlm telur( lihat gambar di bawah ). Boleh difrozenkan terus jika tak mau goreng masa tu. Selain digulung boleh jugak dilipat.