Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya...he...he...Syawal pun dah nak sampai ke penghujung baru lah nak update cerita raya. Raya tahun ni cuma buat 3 jenis biskut je ....sebenarnya biskut ni kami anak-beranak je yg perabih sebab memang tak de jemput org dtg beraya kat rumah pun tiap-tiap tahun selain beberapa org kawan yg datang.

2 jenis biskut ni dah pernah buat dah dan resepi pun dah ada letak kat blog ni; Marble Shortbread dan Choc Chips (resepi kak Liza)....dan 2 jenis biskut ni la yg paling cepat habis.


Biskut yg ni pulak pertama kali cuba buat sebab biskut ni dpt sambutan hangat kat forum cari sana. Sangat sedap tapi agak fragile so tak sesuai utk bebudak ( depa pun tak minat....org-org dewasa je yg suka ); Biskut Suji Brunei - resepi ada kat bawah


Ni plak menu masa open house kat rumah parents Maisya pada hari raya kedua. Kami buat kelainan sikit, menunya roti naan, chapati, dalca dan ayam tandoori. Semua buat sendiri...start dari 2 hari sebelum tu dah start buat roti naan dan chapati tu. Roti naan tu dah masak siap-siap semua lepas tu frozenkan. Chapati plak boleh terus frozenkan selepas dicanai nipis( kena lapis dengan plastik antara setiap keping chapati tu ). So pada hari open house tu tak de la byk sgt kerjanya. Ayam tandoori pun dah perap siap-siap sehari sebelumnya so tinggal nak bakar je. Ayam tandoori ni kami guna perencah Maggi je tapi kenapa perencah Maggi sekarang dah tak macam dulu ye? Dulu kalau guna perencah Maggi ni memang merah je warna ayam tu tapi kali ni nak kena tambah pewarna barulah berseri sikit.




tahun ni langsung tak buat kek....malas le plak, nasib baik my sis ada beli kek lapis asam manis so adalah jugak kek utk dijamu kepada tetamu.


SUJI BRUNEI
Sumbangan: Harlina Mahdar RN

200gm minyak sapi (gheeblend)
100gm Shortening
180gm gula kaster
100gm cornflakes - kisar halus
1 biji kuning telur
80gm tepung jagung
80gm tepung suji
tepung gandum secukupnya - tak de sukatan - sampai jadi doh je
1/2 st esen ros
Bahan sadur:
susu tepung + Nestum Kisar + (gula aising)

Cara:
- satukan minyak sapi, shortening dan gula. gaul hingga lembut
- masuk kuning telur. pukul lagi. masuk bahan2 lain.
- akhir sekali masuk tepung gandum sedikit demi sedikit. uli hingga menjadi doh.
- terap dan bakar.
- dah sejuk salut dengan susu tepung + nestum kisar + (**gula aising) agak2 kalau dah manis tak yah letak gula


Ulasan

umeboshi berkata…
mmg menu open house tu lain dari yg lain. bagus juga mcm tu!!
Maisya berkata…
ye la dok pikir org pun asyik makan benda yg lebih kurang sama je kat rumah org lain so cari kelainan sikit.
HomeKreation berkata…
Salam Maisya. Dah lama ALong cari respi biskut brunei ni. TQ sharing. Nice blog, rajin nya Maisya mencuba byk respi2 yg best. Kenapa dah lama menyepi?