COOKIES


Pelbagai cookies yang pernah dicuba:

BISKUT SARANG SEMUT[NoorMasri]
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung kastad.......]di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil
Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak.
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap
udara.






Big Soft Ginger Cookies
Submitted by: Amy Sacha
INGREDIENTS:
2 1/4 cups all-purpose flour
2 teaspoons ground ginger
1 teaspoon baking soda
3/4 teaspoon ground cinnamon
1/2 teaspoon ground cloves
1/4 teaspoon salt
3/4 cup margarine, softened
1 cup white sugar
1 egg
1 tablespoon water
1/4 cup molasses
2 tablespoons white sugar

DIRECTIONS:
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
Sift together the flour, ginger, baking soda, cinnamon, cloves, and salt. Set aside.
In a large bowl, cream together the margarine and 1 cup sugar until light and fluffy.
Beat in the egg, then stir in the water and molasses.
Gradually stir the sifted ingredients into the molasses mixture.
Shape dough into walnut sized balls, and roll them in the remaining 2 tablespoons of sugar.
Place the cookies 2 inches apart onto an ungreased cookie sheet, and flatten slightly.
Bake for 8 to 10 minutes in the preheated oven. Allow cookies to cool on baking sheet for 5 minutes before removing to a wire rack to cool completely. Store in an airtight container.

Note:
-MOLASSESCan be substitutes with: dark corn syrup OR maple syrup (works well in gingerbread cookies) OR honey OR barley malt syrup (weaker flavor; use 1/3 less) OR brown sugar (Substitute 1.5 cups brown sugar for every 1 cup molasses)
-Molasses tu Maisya gantikan dgn madu 1 cawan so nanti adunan akan jadik quite lembik...kena tambah tepung sampai boleh dibulat-bulatkan( cam adunan kuih arab, tak keras dan tak lembik adunan tu ).
-pounded ginger, cloves, cinnamon tu rasanya boleh disubstitute dgn 'allspices'..tapi tak sure le plak sukatannya camana
-Gula tu Maisya bubuh 3/4 cawan jer.




Best Big,Fat,Chocolate Chip Cookies [sarah]
bahan2nya:
2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan butter, dicairkan
1 cawan gula perang (packed brown sugar)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan walnut (dicincang)

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulangpembakar.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur,pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut, gaul menggunakan senduk kayu.
4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas


Biskut tembikai ni comel sungguh...so maisya try buat guna resepi gadis_aries dari board FNR cari.forum.com.my .Maisya pun tak guna putih telur tu macam aries( malas ler ). Bijan hitam plak tak jumpa..err sebenarnya malas nak pi cari kat kedai so guna bijan biasa tu then digoreng tanpa minyak sampai warna gelap sikit. Part membahagikan adunan tu 2 bahagian merah dan 1 bahagian hijau tu rasanya kena bahagi dua jer adunan tu sebab kalau ikut macam resepi tu tak cukup plak warna hijaunya. Satu lagi kesilapan Maisya ialah menggunakan paper cups warna hitam....akibatnya hampir kesemua biskut Maisya hangit kat bahagian bawahnya. Baru-baru ni ada terbaca yang kalau kita guna paper cups or tray yg warna hitam dia akan lebih mudah menyerap haba so kena careful dgn suhu dan masa membakar. First sekali Maisya ikut resepi ni suruh bakar sampai 20 minit....terus rentung..ha..ha...kena tengok jenis oven jugak...tak boleh ikut jer resepi tu.



BISKUT TEMBIKAI [gadis_aries]
Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur)

Cara membuatnya
Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata.
Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
Uli perlahan menjadi doh.
Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau.
Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau.
Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar.
Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.

* Peringatan
Masukkan tepung sikit² dulu....Lagi satu Aries nak ingatkan..selepas potong mesti atur kat paper cups baru lah di bakar...kalau lepas potong adunan tu letak terus di atas tin pembakar...haizzzz....ianya akan menjadi besar 2 kali ganda size nya nanti...pasal mula² Aries buat jadi mcm tu




SHORTBREAD COOKIES[Puan Hajjah Fatimah Ibrahim]
Bahan biskut:-
240 tepung gandum
100 gm gula kastor
100 gm serbuk badam
200 gm mentega
70 gm susu tepung
Hiasan diatas:-
500 gm coklat masakan
125 gm coklat putih
kertas minyak
lidi satay
acuan empat segi berserta pemotong biskut (cutter)

Sapu sedikit mentega diatas loyang pembakar bentuk empat segi tepat berukuran 30cm x 30cm . Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.
Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh yang lembut. Kemudian masukkan kedalam loyang tadi.Tekan perlahan sehingga rata permukannya. Tekan alat pemotong biskut ke atasnya adunan tadi.
Bakar suhu 180 cel selama 12-15 minit.Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut dan sejukkan biskut.
Cairkan coklat masakan dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan coklat masakan tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang-celoreng.
Masukkan semula alat pemotong biskut ke dalam biskut dan dinginkan biskut dalam peti sejuk selama 10 minit . Apabila coklat telah keras, cabut alat pemotong biskut dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.

NOTA:
Untuk buat biskut nie kena ada "acuan khas" iaitu loyang empat segi beserta pemotong biskut ("cutter"nya) ...acuan nya mudah diperolehi di kedai-kedai yg menjual bahan2 buat kuih.... acuannya agak mahal berdasarkan sizenya antara RM30-50 sebuah acuanSebagai langkah alternatif, sekiranya tiada acuan khas kita masih boleh hasilkan shortbread cookies nie.... hanya perlukan sebuah tray berbentuk empat segi..dan potong biskut menggunakan pisau




Image hosting by Photobucket
Disebabkan ada sekotak dried mix fuits yang dah lama dibeli tak tak guna lagi( ingat nak buat kek buah tapi tak cukup le plak ), Maisya cuba buat biskut buah-buahan campur resepi dari hanieliza forumer di board FNR forum.cari.com.my. Maisya suka, anak Maisya pun suka dengan biskut ni.

BISKUT BUAH-BUAHAN CAMPUR[hanieliza]
Bahan:
120 gm butter
60 gm gula kastor
2 s/b susu pekat
2 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
1/2 s/k soda bikarbonat
240 gm gandum
120 gm buah-buah campur
60 gm badan cincang

Cara:
1. Pukul butter, gula, susu,kuning telur dan esen vanilla sehingga ringan dan sebati.
2. Gaulkan tepung dan sdoa bikarbonat yg telah diayakkan bersama dengan buah campur dan kacang badam.
3. Adunan digulungkan saperti keropok lekor.
4. Masukkan dlam petisejuk beberapa jam.
5. Keluarkan adunan dan hiriskan setebal 1/2 cm.
6. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit
.


Image hosting by Photobucket
Maisya cuba resepi biskut kelapa sumbangan forumer Long dari board FNR di cari.forum.com.my. Sedap tapi agak manis bagi Maisya.

Biskut kelapa[long]
2 cup cornflour
1/2 cup tepung gandum
1 cup kelapa kering
1 kuning telor
1 cup gula
esen vanila
1/2 cup butter

1. campurkan tepung gandum, cornflour dan kelapa kering
2. pukul butter dengan gula, masukkan kuning telur dan esen vanilla.
3. masukkan bahan kering dlm adunan butter, gaul hingga sebati. canai dan terap..bakar pd suhu 350F selama 16 min.

note..kalau terlembik..masukkan sedikit cornflour...


Ulasan

furbycutee berkata…
lapar giler bila dtg kat blog ni..