NOODLES
Mee Goreng Basah
Dah 2,3 hari teringin nak makan mee goreng basah....so cari resepi dan try. Jumpa resepi ni kat Mesra.net , very simple dan hasilnya memuaskan hati. Maisya tak ikut 100% resepi tu, instead of ayam, udang dan sotong Maisya cuma guna daging lembu. Sayur pulak Maisya tak bubuh kucai tapi letak carrot, bunga kobis ,baby corn, daun sup dan daun bawang. Tepung jagung pun tak bubuh sebab dah habis. Maisya tambahkan juga sedikit serbuk lada hitam masa tumis bawang tu.
Mee Goreng Basah
Kiriman: Rafida
Bahan-Bahan:
500gm mee kuning (celur 5 minit)
100gm ayam (bahagian dada; potong dadu
100gm udang kecil
100gm sotong kecil
Daun Kucai dipotong 2 cm (beberapa helai)
1 camca tepung jagung (bancuh dgn 2 sudu air masak)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap masin secukup rasa
3 sudu minyak masak
Garam (terpulang:biasanya tidak perlu)
Setengah cawan air masak
Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bila naik bau letak ayam, udang dan sotong.
Bila separuh masak, masukkan bahan sos diikuti air masak. Kemudian masukkan mee serta daun kucai.
Kemudian, kicap dan akhir sekali bancuhan tepung jagung.
Cadangan Hidangan:
Taburkan bawang goreng
Tambahan:
Jangan sekali-kali letak bawang merah kerana ianya jadi kurang enak
Bee Hoon S'pore/Bee Hoon Putih
Maisya selalu fail kalau nak buat bee hoon goreng yg biasa tu...selalu jer ada yg tak kena. Terlembiklah, terbanyak minyaklah, etc. Tu yg malas nak buat ...tapi Maisya suka makan bee hoon goreng, nak tak nak kena buat jugak bila teringin nak makan tu....walaupun tak sedap :p
Haritu Maisya pergi rumah member dan dia hidangkan bee hoon putih ni...mmm sedap! (sebenarnya ni lah first time makan bee hoon s'pore style ni). So lepas tu Masya teringin plak nak try masak bee hoon style camni. Resepinya dah lama ada tersimpan cuma tak pernah buat sebab tak pernah makan...takut tak menepati citarasa.
Resepi yg Maisya cuba ni adalah kiriman forumer Cranko21 dari CARI Forum. Maisya ikut seperti resepi tu cuma tak bubuh ayam/daging dan sawi sebab tak de. First time try jadik terlembik sikit sebab rendam bee hoon tu lama and air rebusan kulit& kepala udang tu plak banyak...so masa try second time, Maisya kurangkan kuantiti air rebusan tu...baru ngam-ngam jer.Sebagai hiasan Maisya bubuh bawang goreng, tauhu goreng, daun sup dan daun bawang. Lada jeruk tak de lah....tak tau and malas nak buat. Ops! Lupa plak...Maisya tak bubuh gula pun sebab rasa macam tak sesuai plak nak bubuh gula dlm masakan ni....tak tau lah ada beza ke tak kalau bubuh gula.
Nie lah resepinya:
Bahan-bahan:
1 kilo Bee Hoon rendam hingga lembut
1/2 batang lobak merah - hiris panjang-panjang
1/2 biji kobis hijau - hiris kecil
200 gm sawi - potong
300 gm udang yg sederhana besar - buang kepala dan kulit tapi biarkan ekornya
300 gm isi ayam dipotong kecil-kecil
10 biji bawang putih.. ditumbuk atau dikisar halus
sedikit lada sulah serbuk (lada putih)
sedikit gula
garam secukup rasa
nota :
Cuci kepala dan kulit udang tadi dan rebus dgn 4 cwn air.
Biarkan mendidih dan tapis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali
2. Tumiskan bawang putih hingga ke keperangan dan masukkan daging/ayam dan gaul rata hingga setengah masak. Kemudian masukkan udang dan lobak - gaul sebentar.
3. Masukkan air rebusan udang tadi dan masukkan bee hoon- gaul rata
4. Masukkan kobis,sawi, garam, sedikit gula dan lada sulah.
5. Gaul rata hingga sebati dan hidangkan dengan lada jeruk.
Laksa
Homemade Noodles
Mee Goreng Mamak
Ulasan