Kuih Tako

Photobucket - Video and Image Hosting
Nie first time makan kuih tako sebenarnya...resepi k.liza ni simplified version, kononnya kuih tako yg original guna tepung hoe kwee dan ada bubuh sengkuang cina di dalamnya. Ada juga yg guna tepung arrowroot. Maisya selalu kalau nak pilih resepi untuk dicuba, mesti carik yg paling simple je, so I tried this recipe. Silap Maisya terbubuh jus pandan yg agak pekat so terasa pahit sikit. Casing dari daun pandan tu belajar dari member di FNR. Tak susah rupanya nak buat casing tu. Boleh refer sini utk tengok caranya: CASING DAUN PANDAN

KUIH TAKO
Kiriman: hanieliza - board FNR, forum.cari.com.my

Bahan:
Lapisan Bawah
1 cawan tepung jagung [kurangkan sikit..dalam 2 s/kecil]
1 cawan gula
4 cawan air
pewarna hijau/jus pandan

Bancuh rata dan masakkan atas api/dapur. Tuangkan dalam bekas acuan daun pandan atau bekas pelastik kecil.

Lapisan Atas
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat + garam

Kacau rata dan masakkan atas dapur sehingga pekat. Tuangkan atas adunan hijau tadi

Ulasan

mama Tiara berkata…
tqvm for the recipe.