Monday, September 3, 2007

Kuih Bom Manis


Maisya selalu fail bila buat cucur manis...selalu jadik leper dan tak sedap! Kali ni try resepi Bom Manis ni...memang perfect dari segi rasa dan rupa. At last berjaya jugak!! Maisya buat double adunan ni. Mula-mula tu Maisya jemput-jemput adunan tu agak besar, bila masuk dlm kuali dia membesar, jadik gedabak le plak. So lepas tu jemput-jemputkan kecik sikit baru ok.
Bom manis
recipe posted by daun_kesum at FNR

1 sudu teh yis @ mauripan
1 cwn tepung gandum
2 sudu gula
3 sudu susu pekat
sedikit garam
sedikit air
minyak utk menggoreng

Cara-cara membuatnya

Campurkan yis, gula & susu dengan sedikit air ... larutkan
Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung ... tambah air lg agak2 cam adunan jemput2
Perap adunan dlm 1-2 jam utk dptkan hasil sarang yg cantik
Sebelum menggoreng masukkan sedikit garam ...
Goreng dgn api sederhana


No comments: