Roti Naan


Salah satu roti kegemaran maisya. Selalu buat jadik tak berapa lembut, kali ni baru betul-betul menjadi. Hari Sabtu try buat 1/4 adunan( dapat 4 keping ), malam tadi buat 1/2 adunan pula( dapat 8 keping ). Makan dengan kuah sardin.


Roti Naan
recipe taken from http://hamimbazilah.fotopages.com/?entry=781866

Bahan:
750 g tepung gandum
250 g tepung naik sendiri -
maisya guna tepung gandum tapi tambah baking powder sikit
250ml plain yogurt (low fat pun boleh)
1 sudu kecil serbuk yeast ( rendam dlm secawan air suam) -
maisya letak lebih sikit, dlm 1 1/2 sudu kecil
2 sudu besar butter (olive oil lg sedap) - maisya guna minyak masak
2 sudu besar gula
sedikit garam

cara:
1. Rendam terlebih dulu yis, tunggu sehingga timbul
2. Sementara itu, campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata
3. masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati, masukkan air jika perlu (if adunan terlalu kering)
4. uli sehingga agak lembut, dan bulat2kan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)
5. canai leper, dan bakar dlm kuali tanpa minyak, api kecik


cara maisya buat:
1.Gaul rata tepung, baking powder dan yis
2.Larutkan gula dan garam dlm air suam
3.Tambahkan larutan gula&garam serta yogurt ke dlm adunan tepung. Gaul rata hingga jadik doh.
4.Tambahkan minyak dan uli rata hingga doh licin dan tak melekat di tangan.
5.Peram dalam setengan jam
6.Tumbuk-tumbuk buang angin dan bahagikan kepada beberapa bahagian( Maisya bahagikan kepada 8 bahagian utk 1/2 adunan resepi ni)
7.Canai leper dan biarkan sekejap agar doh naik sikit.
8.Masak guna kuali, api kecil. Bila nampak ada gelembung-gelembung kecil muncul, terbalikkan roti tu. Kalau betul caranya, nanti roti tu akan kembung masa masak tu( boleh tekan-tekan sikit dengan tuala macam masak capati tu ). Terbalikkan lagi sekali jika perlu.
9.Angkat, sapukan sikit butter/ghee dan tutup dengan tuala.


utk Naan cheese:
1. setelah canai leper, taburkan cheese dan gula
2. canai another naan and tindihkan dan canai semula

note:
- apabila mencanai leper jgn terlalu nipis, sedang2
- apabila bakar biasanya ia akan mengelembung, pastikan api kecik, dan terbalik2kan naan jika perlu
- plain Naan: sedap dimakan bersama kari, dalca, sambal tumis, yogurtmint dan macam2 lagi
- Naan cheese: sedap dimakan begitu saja...bebudak mesti suka, ada jugak yg gantikan cheese dgn butter, coklat spread, dll
- adunan untuk 12-15 keping

Ulasan

Anonymous berkata…
Maisya, resepi asal dia tu memang 1kg tepung kan. Macam Shida setakat nak makan 2 keping, jenuh kena bahagi nih :)
Maisya berkata…
kalau frozenkan tak boleh ke shida?