Puding Karamel


Dah lama copy dan simpan resepi ni( ada le dekat 2 tahun kot )...dah ramai yg cuba dan dapat hasil yg bagus. Kali ni baru ada kerajinan nak buat. Bukan susah pun sebenarnya. Puding ni agak firm, bukan jenis yg boleh goyang-goyang tu. Untuk dapatkan puding yg smooth, jangan beat adunan tu sampai berbuih-buih...cukup sekadar kacau rata perlahan-lahan hingga adunan sebati jer. Tapis adunan masa tuang ke dalam loyang. Kalau kukus gunakan api yg perlahan sahaja.

Puding Karamel
recipe posted by nsutra at FNR


Gula Hangus
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Cara-cara
Masak gula pasir (guna api perlahan) dlm periuk hingga perang....then campurkan dgn air.
Masak semula atas api perlahan hingga gula hancur.
Bila sume dah hancur tuang dalam loyang....by the time gula hangus ni sejuk dia akan menjadi pekat dgn sendirinya.

Bahan Puding
5 biji telur
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar tepung jagung (bancuh ngan sedikit air)
secubit garam

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan-bahan karamel dan gaul hingga sebati....kacau perlahan dgn garfu.
Then tuang bahan-bahan ni ke dalam loyang yg sudah berisi gula hangus.
Jgn takut gula hangus tu bercampur ke apa ker.....
Kukus dgn api perlahan jer atau boleh steam bake dalam oven guna suhu 170C selama 1 jam or hingga masak. ( Maisya kukus dalam 20 minit )

Ulasan

umeboshi berkata…
k.mayzatt...kiter teramat suka dgn puding caramel. mmg my favourite!!
AWANIS berkata…
hai kak mayzatt!! apa kabar?? noora yg suh dtg sini sebab mintak resepi puding karamel.. bestnya, thanks for the resepi!!
Pinchesska berkata…
Assalamualaikum Maisya..
jumpa juga akhirnya..hahaha..lama betul tak buat puding karamel ni..mengimbau kenangan lama..
jumpa lagi..
Maisya berkata…
noora, akak dengan hubby pun suka!

awanis, cubalah buat guna resepi ni.

pinchesska, tq sudi berkunjung ke sini....dengar kata nak pindah balik ke kg halaman?