Banana Chiffon



Banana Chiffon Cake
http://perantaukitchen.fotopages.com/?entry=1505867

Bahan-bahannya.

A
7 biji putih telur
3 oz gula halus
1 sudu teh cream of tartar (maisya gantikan dengan sedikit jus limau kasturi )

B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
7 oz tepung naik sendiri
3 oz minyak masak
3 oz Air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk santan (maisya guna susu tepung )
2 bijik pisang (yg Besar)


Caranya:
1) pukul bahan A sampai bertanduk (jangan letak gula berlebihan nanti putih telur susah nak ringan)Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri. Selepas semua sebati masukan tepung dan pukul lagi, lepas tu masukkan ke dalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
Masukan dalam loyang chiffon( tak perlu gris dengan butter ) dan bakar 140'c sampai masak

3) Telangkupkan acuan sebaik sahaja keluar dari oven dan biarkan hingga sejuk barulah dikeluarkan kek dari acuan.

Nota: semasa mengacau pastikan
1.Kacau perlahan dengan satu arah
2.Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

Ulasan

Aishah@Ariffin@Aqil berkata…
tak pernah lagi wat guna banana...mesti sedapkan...
kite mai amik link nih akak
Maisya berkata…
aishah,
memang sedap...