Roti ...macam-macam ada..
Mini Loaf Bread recipe taken from: http://cookpad.com/recipe/641947 300g tepung roti 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 1/2 sudu besar yis kering 1 telur 25g butter - melted 90ml susu suam 90ml air suam -Campurkan semua bahan kecuali butter dan gaul rata hingga jadi doh.(Air tu jangan tuang semua sekaligus...sebab maisya buat haritu doh jadik lembik sgt) -Tambahkan butter dan gaul rata. -Uli hingga adunan elastik (15 minit - atau lebih ) -Peram hingga adunan naik 2 kali ganda -Tumbuk adunan dan uli sebentar untuk buang angin -Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, bulat-bulatkan. Rehatkan doh 10 minit. -Ambil satu bahagian doh dan canai, bentukkan seperti gambar dibawah. Susunkan dalam loaf pan yang dah digris. Ulang hingga habis semua adunan. -Rehatkan hingga naik 2 kali ganda dan bolehlah dibakar.Maisya bakar dengan suhu 175C guna api atas dan bawah selama 25-30minit(di rak yg bawah). -Sebaik sahaja keluar dari oven sapukan permukaan roti dengan butter. Sejukkan di atas reda...