Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2005

Chicken

Imej
Ayam Rampai Ini ada satu resepi yg simple dan sedap. Kalau masak lauk ni, tak payah masak lauk lain lagi sebab macam-macam ada kat dalamnya. Selalu Maisya tambahkan juga daun kari supaya wangi. Resepi ini sumbangan forumer hanieliza dari board FNR forum.cari.com.my AYAM RAMPAI Bahan 1/2 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil..bersihkan] 5 biji kentang[ potong kecil dan gorengkan] 1 batang carrot [potong kecil] 20 tangkai kacang sepat/buncis 1 bij capsicum merah[potong kecil] 2 biji tomato [belah 6] 1 labu bawang besar [potong bulat] 3 biji cili merah [hiriskan kasar] 10 biji cili api [hiriskan kasar]...kalau nak pedas... garam kunyit serbuk minyak Bahan tumis [hiriskan] 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 3 cm halia Cara. 1. Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak [gunakan minyak bekas goreng kentang]. Jangan terlalu garing [nanti keras isi ayam tu] 2. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk tumis bahan tumis. 3. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan masu...

Nasi

Imej
Nasi Minyak Hujan Panas Maisya guna beras biasa jer masak nasik minyak ni...menjadik jugak. Simple but delicious! Resepi ini adalah dari forumer NoorMasri dari board FNR forum.cari.com.my Hidangan utk 4-5 orang NASI MINYAK WARNA WARNI aka NASI MINYAK HUJAN PANAS Bahan-bahan: 3 cawan beras basmathi 3 1/2 cawan air } jika beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau bergantung kpd jenis beras yg digunakan 1/2 cawan susu cair 1 sudu besar minyak sapi } 2 sudu besar majerin } untuk menumis 2 sudu besar tomato puree atau sos tomato 1 sudu kecil garam 2 helai daun pandan } disimpul pewarna-hijau, kuning, merah Bahan tumis: 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 1 inci kulit kayu manis 1/2 inci halia } 3 ulas bawang merah } dimayang 1 ulas bawang putih } Bahan hiasan: Sedikit bawang goreng Sedikit gajus goreng Cara membuat: Beras dicuci kemudian ditoskan. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis. Goreng hingga naik bau/kekuningan. Masukkan beras ...

VEGETABLES

Imej
Pajeri Nenas First time masak pajeri nenas ni...guna resepi forumer MAKLANG dari board FNR forum.cari.com.my . Maisya pilih resepi ni dari banyak-banyak resepi tu sebab resepi ni tak guna santan....Masa rebus nenas tu Maisya tak tambah gula pun. Maisya guna jintan dlm bentuk serbuk so tak payah kisar dah. Pajeri Nenas Bahan(sendiri sukatlah ya): Nenas - (dipotong dan direbus sekejap, tambah sedikit gula), bila dah masak, toskan airnya. Bahan Kisar:- Bwg merah Bwg putih Halia Udang kering Jintan halus Jintan kasar Bahan Lain :- Kerisek Gula merah Kulit kayu manis,bunga lawang, daun kari Kari daging Air asam jawa Cili merah dibelah 2 Cara 1. Tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis,bunga lawang dan rempah kari yang digaul dengan air. 2. Masukkan kerisik dan nenas dan kacau. 3. Masukkan garam serta gula merah sedikit dan udang kering (ikut suka berapa ekor nak letak) 4. Masukkan sedikit air asam jawa,biar sampai pekat dan naik minyak 5. Campakkan cili merah dibelah 2 tadi. Pecal Curried Roa...

Apam Puteri Ayu

Imej
Apam puteri ayu @ seri ayu...sebab tak de acuan nyer so buat dlm acuan bahulu @ cara....dapat ler apam yg comei-comei jer...Maisya guna resepi dari Restoran Pak Amir sumbangan Mariani bt. Mat. Sedap..my favourite! Kuih Puteri Ayu Bahan: 4 biji telur 250g gula 300g tepung gandum ayak bersama 1 sudu besar serbuk penaik 1 sudu besar Ovalette 250ml susu sejat sedikit pewarna (biasanya hijau) 1/2 biji kelapa parut (putih sahaja) digaul dgn sedikit garam & tepung ubi Cara Pukul telur dgn gula hingga kembang, masuk Ovalette & pukul lagi. Masuk tepung berselang seli dgn susu - gaul rata. Sapu acuan dgn sedikit minyak, letakkan sedikit kelapa di bhg bawah acuan. Tuangkan adunan - kukus 10 hingga 20 minit.

Pau

Imej
Pau kali ni terover gebu sebab tersilap bubuh sampai 2 sudu kecik yis..patutnya 1 sudu jer... Untuk pau Maisya guna resepi yg diberi sekali dgn yis Mauripan tu. Maisya buat guna sukatan macam ni(lebih kurang 1/4 dari sukatan asal): PAU Bahan: 2 cawan tepung gandum 1 camca teh yis kering 1/4 cawan gula 1 camca besar minyak masak 1/2 cawan air ( tambah mengikut keperluan ) *Jumlah air yg digunakan bergantung kpd mutu tepung Cara: 1.Gaulkan tepung dgn yis segera dan larutkan gula di dlm air 2.Gaulkan semua ramuan.Uli selama 10 - 15 minit atau sehingga adunan menjadi licin dan kenyal 3.Bahagi kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan setiap satu.Biarkan selama 10 minit 4.Canaikan adunan dan isikan inti 5.Letakkan setiap adunan di atas kertas yg dipotong 4 segi 6.Biarkan selama 35 minit 7.Kukuskan selama 10 minit pada suhu yg tinggi *masa kukus Maisya lapik dgn tuala lembap Intinya plak my mom selalu buat inti macam ni...Sukatannya kena agak-agak sendirilah ye... Bahan: ayam/daging - dipo...

Banana Coffee Muffin

Imej
Banana Coffee Muffin INGREDIENTS: Makes 12 large muffins 180g all-purpose flour 195g superfine flour 5 tsp baking powder or 2-1/2 tsp double action baking powder 1/2 tsp salt 210g castor sugar 3 large eggs, lightly beaten 250ml milk 4 tbsp instant coffee powder 130g butter, melted and cooled 3 ripe bananas, mashed Coffee powder to dust muffin surface METHOD: Preheat oven at 200 degC. Line muffin tray with paper cups. Sift flours, baking powder and salt into a mixing bowl. Add sugar into the flour mixture. Use a whisk to lightly blend the mixture. In another mixing bowl, dissolve coffee powder in milk. Add egg and melted butter. Mix well. Make a well in the middle of dry ingredients. Add the wet ingredients and mashed bananas. Mix just until all the flour is moistened. The batter should look lumpy. Do not overmix. Divide batter into 12 muffin cups. Dust surface of muffins with a little coffee powder. Reduce temperature to 180degC and bake muff...