Tuna-Mayo Bun


Pernah seorang forumer di board FNR, forum.cari.com.my kata, resepi utk roti, pau dan donut ni sebenarnya boleh guna yang sama je cuma cara masaknya je berbeza. Dibakar, dikukus dan digoreng. Mungkin betul kata dia sebab Maisya pernah try guna resepi pau dan bakar...memang ok je jadiknya. Bun yang Maisya buat ni pun menggunakan resepi pau cuma Maisya tambah sebiji telur. Sesiapa nak try inilah resepinya:
Tuna-Mayo Bun
2 cawan tepung gandum/tepung roti
1 camca teh instant yis
1/4 cawan gula
1 camca besar minyak/marjerin/butter/shortening
1/2 cawan air suam
1 biji telur( dipukul sedikit )
garam
-Larutkan gula dalam air suam
-Gaulkan tepung, garam dan yis.
-Tambahkan telur dan air gula. Uli hingga jadi doh( doh masih melekit-lekit dan lembik pada peringkat ni ).
-Tambahkan minyak/butter/marjerin/shortening. Uli hingga doh licin dan tak melekat di tangan( lebih kurang 30 minit ).
-Peram hingga doh naik 2 kali ganda
-Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan uli sebentar.
-Bahagikan kepada 8 bahagian yang sama besar.
-Isikan dengan tuna-mayonis dan bentukkan bulat-bulat.
-Biarkan hingga naik 2 kali ganda dan bolehlah dibakar hingga masak. ( Kalau ikut oven Maisya, suhu 160-170 C selama 20-25 minit )
*Maisya tak sapukan telur kat atas bun tu, cuma spraykan dengan air sebelum masuk oven dan bila dah masak sapukan butter/marjerin
*Maisya selalunya gunakan tepung gandum sahaja. Kalau guna tepung roti mungkin kuantiti air tu agak berbeza.
*So far Maisya dah try guna minyak, butter, marjerin...semuanya menjadik cuma rasa dia ada sedikit berbeza.

Ulasan