Homemade Spagetti




Selepas direbus

Dah siap dimasak!

Dah lama mesin mee tak beroperasi so last week cuba buat pasta pulak. Memang dah lama nak try buat pasta sendiri, akhirnya berjaya juga buat. Resepinya simple saja. Maisya buat 3 adunan...suppose utk 3 person tapi banyak jugak dapat, boleh makan utk 4 org.

Spagetti( for one person )
http://www.ajiwai.com/otoko/make/pasta.htm


100g tepung gandum( boleh guna tpg high protein atau tepung biasa...maisya guna tepung biasa jer)
1 biji telur(saiz sederhana)
1 sudu besar olive oil/ vegetable oil

1.Campurkan semua bahan. Ratakan telur dan minyak ke keseluruhan tepung, jadikan seperti breadcrumbs.
2.Uli adunan hingga jadik doh.
3.Rehatkan adunan sekurang-kurangnya 1 jam.
4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan leperkan dgn rolling pin dulu sebelum guna mesin mee. ( supaya mudah dan tak terlalu membebankan mesin )
5.Canai dengan menggunakan mesin dari paling tebal hingga dapat ketebalan yg dikehendaki
6.Sidai selepas dicanai( refer gambar no 1 )
7.Selepas habis semua adunan dicanai baru dilalukan pada bahagian utk potong mee. Sidai (refer gambar no 2) hingga kering. Gambar no 3 ialah spagetti yg dah disidai lebih kurang 4 jam...dah agak kering dan keras macam yg dijual tu.
8.Rebus dengan air mendidih + garam sebelum digunakan(jika terus rebus tanpa dikeringkan spagetti tu, masa merebus hanya sekejap jer...)


*boleh sidai guna rolling pin or anything...maisya guna redai oven jer....payah jugak nak menyidai tu sebab line tu rapat-rapat .

Ulasan

ujen berkata…
uwwaaaa...kagum gileee niee...
Ikshhhh jelesnyer...sebelum ope dulu malas nak masak sebab tak bleh rasa...bila dah habis ope nie penyakit M tu tak kena sedut sekali...wakakakakak....ikshhhh nak kena buang jugak nie..jelesss
umeboshi berkata…
best nye k.maisya..dah bleh buat mee,pasta sendiri lor. takyah p beli kat kedai..
hanny berkata…
wah...segala jenis mesin utk memasak ko ada ek...iiiinaaaaa.......kena pulak ngan orang rajin memasak..kalau dapat kat aku, alamatnya penuh sarang labah2 lah.....
HE berkata…
wah dasat... mcm sidai kain je...mcm dah boleh bukak kedai jual kat pasar je dah rupanye
Maisya berkata…
ujen,
before ope tu memang tak de deria rasa langsung ke ?

ume,
at least dah tau macamana nak buat...dah puas hati. Tapi time rajin je buat ni, kalau malas still beli gak kat kedai...he..he..

hanny,
mesin apa yg saya ada? musykil gak ni...gadget kat dapur saya ni semua yg basic( dan murah punya ) jer...hat canggih-canggih tak de ler....sebab tak nak bersawang le dok buat macam-macam ni, kalau dah mintak hubby belikan something tu kena guna gak le, at least tak de lah rasa membazir duit beli...ala...mesin mee ni tak sampai RM30 pun...

he,
takat utk makan sendiri larat le nak buat..
tuan umah berkata…
kak maisya,nk tanya,
kalau tak sidai mcm gitu,spagetti tak jadi yek?ke utk keringkn?

ish..kagumla...bilahla nk jadi mcm kak maisya ni..sure hubby sayang ni..mcm2 leh buat
Maisya berkata…
sabrina,
tak sidai pun tak pe...kalau nak makan terus, boleh terus rebus. Kalau nak simpan, kena sidai sampai dia betul-betul kering. Spagetti yg dah kering tu agak fragile, senang patah.