Pulut Kuning dan Rendang



Sempena habis puasa ganti, buat pulut kuning dan rendang...sebenarnya tekak terasa nak makan lemang dan rendang sebab tak puas makan masa hari raya haritu....mana taknya, masa pergi beraya asyik sibuk mengekor si kecik, Sarah je....baru pandai berjalan, jadi dia asyik ke sana sini, pegang itu ini....ishk...lepas tu asyik nak keluar dari rumah jer. Tak dapat le nak menikmati hidangan hari raya dengan tenang...

Pulut kuning maisya cuma buat 1/2 kilo....tapi tak berapa jadiklah. Tak berapa lembut walaupun dah tambah lagi air....mungkin sebab maisya rendam cuma 2 jam sebelum kukus tu atau mungkin sebab maisya kukus letak pulut tu dalam loyang, tak letak directly atas kukusan tu.

Rendang daging ni maisya guna resepi yg sama dengan rendang ayam(boleh check entry yg lalu)

PULUT KUNING
Recipe from kak liza; http://hanieliza.fotopages.com/?entry=421568

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.

1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula (maisya tak letak)

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk (maisya kukus dlm 15 minit)
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi(maisya kukus dlm 15 minit++)
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

Ulasan

Anonymous berkata…
maisya, ni salah satu makanan kesukaan akak. dengan rendang atau inti kelapa gula melaka.tapi akak makan berulang-ulang kerana ia cepat kenyang - zatidhati
Maisya berkata…
memang sedap tapi tak boleh makan selalu...