Kompilasi Resepi Kek

Kali ni resepi-resepi utk kek le plak

Photobucket


SANDWICH CAKE
recipe posted by alin_raaz at FNR

250 gm tepung naik sendiri( maisya guna tpg gandum + 3 st baking powder )
250 gm butter ( maisya guna marjerin )
250 gm gula castor
5 biji telor
1/2 sudu teh esen vanila
Sedikit gula aising - untuk tabur atas kek ( tak buat pun...malas )

Cara:
Pukul butter and gula sampai kembang
Masuk telur sebiji sebiji. Pukul lagi.
Masukkan tepung yang telah diayak. Kaup balik adunan hingga rata.
Tuang adunan didalam bekas yg telah dilenser ngan sedikit margerin. Bakar selama 30 minit atau hingga masak. ( Maisya bakar 45 -50 minit dengan suhu 160 C api atas dan bawah )
Keluarkan kek, sejukkan dan belah bahagian tengah, sapukan jem strawberry dan tangkup balik. ( maisya letak jem blackcurrant )
Taburkan gula aising diatas permukaan kek (gunakan pengayak tepung).





Photobucket

Photobucket

Photobucket


CARROT CAKE SURIA
recipe by Suria from RNet

4 biji telur (asingkan putih & kuning)
1 ½ cawan minyak
120g gula halus ( maisya kurangkan )
120g soft brown sugar(maisya kurangkan )
2 cawan carrot yang diparut

Diayak
250g tepung gandum

1 sudu teh cinnamon powder( tak bubuh )
2 sudu teh soda bikarbonat
garam

100g walnut cincang ( tak bubuh )

Pukul kuning telor, campur minyak, gula, carrot dan
kacau sebati dan masukkan walnut dan akhir sekali
masukkan bahan-bahan kering yang lain. Kacau perlahan guna senduk kayu.

Di mangkuk lain, pukul putih telor sampai kaku dan
campurkan ke dalam adunan tadi.

Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit.

Cream Cheese Frosting:
120 gm butter
250 gm cream cheese
120 gm icing sugar

Bahan-bahan diatas dipukul bersama sehingga sebati, boleh sejukkan dalam peti sejuk dan bila sedia untuk menghias kek boleh sapukan frosting atas kek yang telah siap dibakar.


Maisya ambil sedikit cream cheese frosting dan campurkan dgn sedikit pati oren sunquick & warnakan jadik warna oren ( merah + kuning )…pipekan bentuk carrot sebagai hiasan atas kek. Buat jugak daunnya.





Photobucket

Photobucket

Photobucket


COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Recipe posted by alma@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese ( maisya guna homemade cottage cheese )
50g butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon ( maisya guna limau kasturi )
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine ( guna tepung gandum biasa je )
20g tepung jagung

Bahan B:
140g gula halus
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon ( maisya guna limau kasturi )

Cara-cara
Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati.
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.


Pada sesapa yg kurang pasti waterbath tu camner, buatnye simple jer. Lepas letak adunan dlm tin kek, balut bwh hingga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).





Sedikit panduan serta tips untuk memukul putih telur:


http://www.baking911.com/howto/egg_whites_beat.htm


http://www.recipetips.com/kitchen-tips/t--404/beating-eggs.asp



Ulasan