Tauhu Telur
Tauhu Telur
2 biji telur
200ml susu soya
garam
Gaul rata semua bahan dengan perlahan supaya tak berbuih. Tapis dan tuang dlm bekas. Kukus dengan api perlahan 15 minit ( lebih kurang macam buat puding karamel )
*maybe boleh lapiskan bekas dengan plastik tahan panas supaya senang nak dikeluarkan, masa maisya buat tu just tuang terus dlm bekas ... susah plak nak keluarkan so jadik pecah-pecah sikit.
*better guna susu soya yg buat sendiri/yg tanpa gula sebab maisya guna susu soya dlm kotak tu...jadik manis le plak
Ulasan
Baru jer terfikir cemana lah nak buat tauhu telur sendiri untuk menjamin kebersihan dan status halalnya dah jumpa lak dlm entry nie.
Terima kasih. Public holiday esok boleh cuba.
Sbnrnya tk pernah mkn dan tngk real tahu nie kt msia kenal kt masakan di internet nie jer...agak2 rasa tk bnyk beza dng tahu biasa kot...klu lg sedap kira oklah..tk kempunan nk mkn tahu lg..hehehe : )
(kak maisya,bila nk wat chatbox..senang sikit nk tanya)
dah try ke?
soulha,
maisya pun baru sekali dua je kot beli tauhu telur ni.Buat sendiri lagik selamat.
ct,
akak pun tak pernah buat air soya...rasanya just rebus kacang soya tu lepas tu kisar dan tapis.
sorry, akak tak sampai seru lagik nak bubuh shoutbox kat blog ni :)
hanny,
jadik ok ke burger tauhu...saya buat mesti dia jadik agak fragile...senang pecah...
ujen,
still on diet ye...target nak turun berapa kg ni?
kenapa tauhu telur saya lembik? tak keras pun. kalau keluarkan dari kukus, mesti pecah.
saya dah try dua kali. soya bean kotak & soya bean buat sendiri. dua-dua pun sama.
kena keraskan dalam fridge macam buat karamel hari tu ke?
jadi lembik sgt ke? Tauhu ni memang sgt fragile...Ati keluarkan dari bekas masa masih panas ke? Selalunya saya sejukkan dulu dah tu baru keluarkan.Maybe next time boleh cuba tambah sikit tepung jagung ke nak bagi dia agak firm. Size telur yg digunakan pun kalau boleh guna yg besar. Saya dah 2 kali buat ok je...cuma pecah sikit masa nak keluarkan dari bekas tu jer...cuba lagi ye.